Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Ke sambutan Hari Kebangsaan ke-67 @ Dataran Putrajaya, Putrajaya

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Sejujurnya ni kali pertama kami ke Putrajaya untuk raikan Hari Merdeka tahun ni. jadinya... dia punya excited tu... sampai tak boleh nak lelapkan mata😂

kononnya nak bangun jam 2.00AM. sampai ke sudah mata tak boleh lena. then terus bangkit... mandi, tahajud sekejap, bersiap... baru gerak ke Putrajaya.


hampir saban tahun, kalau ada event besar macam ni pihak rapidKL pasti akan lanjutkan perkhidmatannya. buat pertama kali, kami naik tren di awal pagi. tengok laa tu... jam berapa?😂

suasana dalam tren... ingatkan tak ramai... bising pula tu dengar suara berbual... tapi kami faham... excited kan...

walaupun tahu ada banyak gerai jualan kat sana, tapi kami rela bawa dari rumah. nasi goreng ikan masin, air mineral, roti dan jajan. rasanya cukup kot bekalan ni. kalau lapar sangat nanti, beli jelah apa yang ada.

pihak penganjur dan rapidKL ada sediakan free shuttle bus dari stesen MRT Putrajaya Sentral ke tapak  majlis. ada berpuluh bas dan boleh dikatakan, setiap bas non stop dan penuh dengan penumpang. OTW balik pun sama. memang terbaiklah!

dah tiba kat Dataran Putrajaya. ni suasana kat kawasan peniaga makanan. memang meriah! bayangkan... dalam jam 3.00++AM... dah ramai macam ni...

short video @ Dataran Putrajaya jam 3.00++AM...



suasana👆👇 kat sekitar Dataran Putrajaya...



dalam jam 4.00++ kami ke masjid 'besi'. ada program Qiamullail kat sana. tapi masa ni, anies dah start mengantuk setan betul! baru menyandar sekejap dah 💤💤 sedar sedar dah azan Subuh...

short video @ Dataran Putrajaya. masa ni dalam jam 7.00++AM. bila tengok langit... alamak, bakal hujan ke ni? syukurlah jujan tak lebat. sekejap je.


sepanjang perarakan, anies tak ambil foto or rekod video. tapi dalam banyak-banyak perarakan, yang ni paling dinanti-nantikan👇👇👇


pertama: K9 a.k.a anjing pengesan milik PDRM yang diketuai Teddy ensem bergaya. siap pakai spek dengan kasut yang tak menahan tuuu... credit video

kedua: anggota tentera / komando yang... tengok je dah goosebumps! credit video

ketiga: pertunjukan udara oleh TUDM. pesawat yang mula-mula buat persembahan tu memang terbaik. since Dataran Putrajaya ni dikelilingi bangunan, so deruman enjin pesawat tu... perghh dia punya gegaran... terbaik! even kat LIMA pun tak rasa macam tu. 'ngauman' enjin pesawat tu juga ada yang buat anak-anak kecil menangis ketakutan! credit video 

dah habis! jom balik! sengaja balik jalan kaki sebab nak melintas jambatan Seri Wawasan ni. kalau hari biasa memang sah-sah tak boleh nak lalu sini sewenang-wenangnya... time ni laa peluangnya. ramai ambil kesempatan bergambar dan berehat atas jambatan ni... amboi kau... mentang-mentang polis tengok je tak buat apa-apa. siap berguling Hindustan kau atas jambatan tu ya!😂


well... dalam banyak-banyak perarakan dan persembahan, yang mana paling korang suka?

nak tonton siaran penuh sambutan hari Merdeka, klik kat SINI.

well tu je laa perkongsian untuk hari ni. kalau korang plan nak ke sini tahun depan, tak perlu drive. parking lot jauh, beb! better naik je public transport yang ada... 

that's all for today.
daaa...

maaf banyak-banyak tak dapat nak BW dalam minggu ni🙏🙏 agak busy dengan kerja hakiki. apa-apa pun terima kasih kerana sudi tinggalkan jejak🫰

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Trending Articles