✿...السلام عليكم✿
So far, anies belum lagi jumpa orang
yang tak suka makan coklat
or alergi dengan coklat.
kalau yang tak suka makan benda manis
tu memang pernah jumpa la...
rata2 yang anies jumpa,
diorang suka coklat.
bukan sebab manis.
mungkin juga kerana kesedapan.
tak kiralah ianya dalam bentuk kek
atau pun chocolate candy / bar.
lately, anies tak tahu kenapa
tekak ni suka sangat makan coklat.
dulu pun memang suka.
kalau boleh, time buka peti ais tu
mesti tengok stok coklat dulu.
tak makan pun tak apa.
janji coklat tu dah duduk diam
kat dalam peti ais tu
hati dah cukup bahagia.
sejak dua tiga bulan ni,
tekak ni mesti nak layan dua
mende alah ni.
pertama, Kit Kat Chuncky.
kedua, kek coklat moist Harissa.
entah mana mana boleh terjebak dengan coklat ni pun, anies tak tahu.
bukan kerana tepengaruh dengan iklan Zizan Razak tu ya...
oh... tidak sama sekali.
memula rasa... eh, best la!
bila masuk mulut,
rasa macam penuh je mulut ni dengan coklat.
pastu biskutnya pula rangup.
sampai rasa sayang la pulak nak telan...
boleh gitu? ;-)
so far, paling murah coklat ni yang anies
beli kat farmasi VitaCare (RM2.50).
sebelum tu, beli kat stesen Petron @ Melaka (RM2.80).
kalau tak pasaraya macam JJ tu, RM3.30.
kalau tak silap laa...
memula terjebak dengan kek coklat moist ni masa singgah kat Petronas, Setapak.
biasalah... bila dah singgah pam minyak tu,
kaki mesti dipanjangkan untuk membeli belah.
tetiba nampak kek ni.
eh, murah la pulak!
RM3 je kalau banding dengan kek coklat moist lain yang ada kat situ.
bila sampai rumah...
wow... not bad juga kek ni!
coklatnya melimpah.
kalau simpan di dalam peti ais,
bila nak makan tunggu 2-3 minit coklatnya dah cair semula...
wallaaa... cair di mulut..
tidak di sudu ekekeke...
kalau nak try kek ni,
acu cari la kat mana2 stesen Petronas sekitar Setapak / Wangsa Maju.
tak pun call je nombor telefon kat atas tu.
yang tak makan coklat?
sebab apa ek?
boleh share?
sesiapa yang belum meletakkan LINK di senarai bloglist anies, sila klik kat SINI ek! terima kasih.