Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1682

Menonton teater Di Bawah Lindungan Kaabah

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

Ini cerita last week punyer...
dalam sibuk2 mengambil alih tugasan
opismet yang resign secara tiba-tiba,
(memang tahu dia nak resign
tapi khabarnya hujung bulan)
kami sempat juga memanjangkan
kaki untuk menonton teater.

sebenarnya ini plan last minute.
memang ada niat nak pergi tengok
sebelum ni bila baca berita mengatakan
teater ni mendapat sambutan hangat.

dan.... lepas tengok teater ni...
apa komenanies?

mmm... nak ulas panjang2, bukannya terer sangat.
tapi kalau bagi mereka yang dah pernah
tengok karya agung ni menerusi layar perak
atau membaca sendiri penulisanAllahyarham Dr. Hamka,
pasti akan berasa sedikit kecewa atau terkilan.

kenapa?
sebabnya, of coz ianya TAK SAMA seperti yang ditonton
atau yang dibaca.
pada anies, penulis skrip / pengarah teater ini
cuma mengambil plot2 / part2 yang menarik sahaja.
dialog / skrip yang dilontarkan pula
tidak 'berbunga' sangat sehingga
ia sama seperti sebuah teater moden.
tu belum sentuh lagi part costume, 'iklan Nasha Aziz' dan sebagainya.

overall, dari 5 bintang...
anies beri 3 1/2 bintang.
pada anies, karya agung sebegini
harus digarap dengan lebih baik.
bukan sahaja daripada buah fikiran
orang industri / karyawan tetapi juga harus ada
sentuhan daripada golongan sasterawan.

tu sahaja...
just my two cent ^_^
so, layankan je la yek apa yang
sempat anies snap ni...

kami pergi ber'6'...

poster barisan pelakon2 tambahan.

replika pelakon2 utama yang menjadi tumpuan pengunjung di lobi IB.

ini harus ada khususnya generasi2 yang tidak mengenali siapa itu Allahyarham Dr. Hamka.

disebabkan sepanjang teater berlangsung tidak dibenarkan sebarang rakaman / fotografi dibuat,
maka di sesi pengenalan barisan pelakon barulah dapat mengambil gambar.

teraju utama untuk watak Hamid dan Zainab,
 Adi Putra dan Nasha Aziz.

sesi autograph.
dari kanan, Dayana Roza, Elfira Loy, Yasmin Hani, Dafi dan Taufiq Izmir.
psssttt... suka tengok si Taufiq ni bila tersenyum.
minah2 yang dok belakang anies
menjerit2 dok panggil si Taufiq ni...

Adi Putra datang selepas menukar costume.
tak amik pun gambar dengan dia.
dapat tengok depan2 pun dah puas ati...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1682

Trending Articles