Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Dekorasi raya 2025 @ The Gardens Mall, KL

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Kalau dalam entry INIanies share fasal deko raya kat Mid Valley. yang ni pula fasal deko raya 'jiran' Mid Valley... siapa lagi kalau bukan The Gardens Mall.

jujur cakap, sekali tengok je anies rasa kecewa sangat. dekonya macam tak ada soul je... terlalu simple! 

then buat hiasan gantung ala ala tanglung tapi menggunakan 'elemen tradisi' tu macam tak kena langsung dengan Aidilfitri. mana ada raya orang gantung tanglung. kalau CNY boleh juga terima!

last anies datang sini sebelum Krismas. dia punya deko... dah macam berada kat negara-negara Scandinavia tu. penuh memutih dari bumbung sampai ke lantai. then siap ada contest kalau berselfie kat deko tu.

anies bukan nak judge or kritik or racist bagai... tapi sebagai mall yang terkenal dengan pelbagai jenama mewah di bawahnya, sepatutnya mereka ambil kesempatan ni untuk tunjukkan sisi Aidilfitri yang lebih baik lagi.

kalau jirannya boleh buat konsep kampung, then mereka boleh je buat konsep urban tapi masih kekal dengan unsur tradisi. ni cadangan je...

tapi tu laa kan... kitonyo bukan sponsor deko ni. kalau (kalau!) kita ni sponsor, 1 bangunan anies deko. siap ada bunga api tiap-tiap malam😂

well korang layankan je laa foto-foto yang tak teratur ni dan nilaikan sendiri. kita cakap banyak pun... bukannya management The Gardens Mall tu baca blog picisan ni. iye dok?😂😂


anies tetap panggil yang tergantung tu... tanglung. ke... ada nama lain?

letak nyiru tu okey daa...  tapi bila letak banyak-banyak macam tu nampak serabut pula. oh ya... deko kat sini macam berselerak. tak macam kat Mid Valley. setempat je...

bila pasang gazebo macam ni dah macam duduk kat taman. tahu laa nama kau The Gardens😂

entah laa tak tahu nak kata apa. terlalu minimalist?

dah macam bangsal bunga orkid daa anies tengok ni😂

yang ni pula macam kat FLORIA...😂

sampai ke sudah dok fikir... ni apa sebenarnya? bukan kiosk kopi ya... lain nau kalau nak dipanggil deko raya...

nyiru lagi! mungkin The Gardens dah bosan jual barangan branded kot. diorang nak beralih angin jual barangan tradisi lepas ni...

Pelamin Anganku Musnah ke kat tengah-tengah tu? ah sudah...

jarang orang datang beraya dok telek-telek pokok... kecuali kalau dah tak ada modal lain nak bersembang😂

buluh-buluh tu nak sesah orang ke?😂 bertimbun macam tu dah serupa bangsal kayu opah anies punya dulu😂

kalau pelita memang kenalah dengan konsep raya? ini...???

another gazebo yang dikelilingi hutan Amazon versi mini..

bukan kedai kopi...

yang tergantung tu macam serkup ayam je😂

entah laa labu... deko raya tak macam deko raya je...

short video.


what say you?👇👇

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Trending Articles