✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Selamat hari raya korang!
hari ni anies dah start kerja macam biasa. tak ambil cuti pun (baca: sayang cuti sebab nak pergi jalan-jalan😂).
korang pula macam mana? confirm ada yang masih bercuti dan pergi beraya. dan pasti ada yang dah kembali bekerja as usual.
well... Aidilfitri tahun ni of coz lebih baik bagi anies berbanding tahun lepas. disebabkan sakit mata tahun lepas jadinya beraya pun serupa macam tak beraya. duduk bertapa je dalam bilik.
tahun ni, all out habis dari pagi sampai malam layan tetamu tang hadir. penat tu, biasalah. tapi seronok dapat jumpa sanak-saudara lebih-lebih lagi family yang baru terima menantu atau dapat cucu.
tapi... sehari sebelum 1 Syawal atau lebih tepat lagi hari terakhir kita berpuasa, pada jam 2.00PM kami terima khabar duka. mak cik anies (adik bongsu arwah abah) meninggal dunia kat rumahnya.
alllahyarhamah yang anies panggil Ucu Yam menghembuskan nafas terakhir akibat sakit angin ahmar yang dihidapinya sekian lama. sebenarnya sejak 2-3 tahun lepas pun, kesihatan allahyarhamah on off.
jadi, kalau korang baca entry ni, anies mohon sedekahkan al-Fatihah buat allahyarhamah Mariam Binti Abdul Rahman.
sambung balik cerita raya...
dapat solat sunat Aidilfitri tahun ni.btapi anies rasa macam tak ramai je jemaah yang hadir... masih banyak ruang kosong...
lepas solat ziarah kubur ahli keluarga...
p/s jangan tanya mana gambar OOTD raya. tak ada! mem besar dah serupa orang balik kebun dengan baju merah dia tuuu😂
1st raya, macam anies cakap tadi, busy layan tetamu yang datang. sebelah malam, family ajak beraya ke rumah arwah mak cik, tapi anies tak larat dah. kaki dah sakit, mengantuk pun ya
2nd raya. lepas sarapan, kemas rumah sekejap. then, after zohor barulah kami beraya ke rumah saudara-mara sampai malam.
3rd raya, kami berhimpun untuk buat aktiviti memasak. masak apa tu? yang tu nanti anies share dalam next entry.
raya korang macam mana? best ke, tak best? jom share!