✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Kalau tak silap roti ni dah masuk pasaran sebelum bulan puasa hari tu. anies baca kat X, katanya selalu sold out sebab, ia bukan sahaja sedap tapi juga jualannya limited. ada yang cakap, roti ni cuma dijual pada hari Isnin je dan bukan semua kedai menjualnya.
bila ternampak roti ni kat rak roti @ AEON, anies terus je ambil & bayar. well... rasanya macam mana? okey ke? dari segi rasa, ia lebih kurang sama dengan roti wholemeal yang lain. cuma teksture nya lebih ringan dan wangi. kulit luarnya agak tebal dan kalau kita toast sikit, ia boleh jadi rangup. dan... kalau makan macam tu je dah sedap. harga sebungkus RM4.90. untuk sesiapa yang nak diet, elok sangatlah makan roti ni. perut rasa kenyang selalu.
well... tu je laa perkongsian untuk hari ni. anies belum dapat nak BW macam biasa. sabaq na...
thanks for reading...
daa