Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Nota Cinta Buatmu

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Sinopsis:

hati Johanna bagai disiat-siat apabila perkara yang dibimbangi selama ini akhirnya menjadi kenyataan. Dihrran, suami yang amat dicintainya itu berkahwin dengan wanita lain tanpa pengetahuannya. 

beberapa bulan selepas bercerai, Johanna bertemu Graham; seorang jejaka kacukan dari Sarawak pindah rumah dan menjadi jiran barunya. pertemuan demi pertemuan, membibitkan cinta di hati masing-masing namun terpaksa dipendam kerana berlainan agama.

hubungan baik Johanna dan Graham dapat 'dihidu' Dihrran. ketika itu dia sedang bermasalah dengan isteri barunya. dek kerana cemburu, Dihrran mebuat perancangan untuk mengahwini Johanna semula.

rancangan Dihrran berjaya. namun berita perkahwinan semula Johanna dengan bekas suaminya itu telah merobek hati Graham. dia tinggalkan sekeping nota lalu dengan hati yang lara dia membawa diri ke Bandung.

adakah perkahwinan kali kedua antara Johanna dan Dihrran berjaya? mampukah Graham memadam kelukaan yang mendalam itu setelah kembali semula ke Indonesia?

review:

ya, ni novel lama Norhayati Berahim (NB) yang diterbitkan pada 2004. anies pinjam novel ni kat Perpustakaan Negara (PNM) 2 minggu lepas. entah kenapa... tiba-tiba 'mood' nak membaca tu tiba-tiba membuak-buak😂

sejujurnya, karya-karya NB dengan penerbit Alaf 21 anies tak pernah baca sebelum ni. kalau novel-novel NB dengan penerbit Creative Enterprise& NB punya production house sendiri, yes... anies dah pernah baca. hmm... tak tahulah kenapa ter missed pula yang ni...

well... karya-karya NB ni memang ngam dengan taste anies. penulisannya selalu straight to the point. tak banyak plot twist dan paling penting... penggunaan bahasa dan tatabahasanya baik.

untuk novel ni, ia berjaya buat anies'terpaku' dari satu bab ke satu bab yang lain. kalau novel macam ni, dalam masa sehari je anies boleh khatam. tapi disebabkan 'sayang' nak habiskan terlalu cepat jadi anies sengaja peruntukan satu hari 3 bab je😂😂 boleh tak macam tu? dah macam tengok K-drama laa pula😂😂

selain penulisan yang bagus, info-info tambahan yang terkandung dalam novel ni juga jadi tarikan. sebagai contoh, dalam hal-hal interior design. banyak 'ilmu baru' yang NB ketengahkan untuk menguatkan lagi watak Johanna sebagai pereka dalaman yang berjaya. ini satu bonus dan pada masa yang sama, jadi kayu pengukur kebijakan seorang penulis yang bukan semata-mata menulis tanpa tujuan. faham ke idok?😂

well kalau korang nak baca novel ni datanglah ke PNM ya sebab ia tak ada daa dijual di kedai buku. dah 20++ tahun kot usia novel ni?😂


judul: Nota Cinta Buatmu
penulis: Norhayati Berahim
bil. muka surat: 426
penerbit: Alaf 21 Sdn Bhd


selamat membaca!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Trending Articles