Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Buriram → Mukdahan, Thailand: perjalanan jauh yang tak membosankan

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

usai solat, kami terus naik bas dan memulakan satu lagi perjalanan jauh. sebelum tu, kami dah hadap perjalanan sejauh 183KM yakni dari Aranyaprathet ke Buriram. then sambung lagi 292KM. so total perjalanan kami pada hari tu lebih kurang 475KM! 😅


tengoklah tu jaraknya...


BTW anies memang suka dengan perjalanan jauh macam ni sebab masa nilah anies berpeluang untuk menikmati suasana di kawasan yang jauh dari bandar tapi ia masih tak ketinggalan dengan arus pembangunan.

walaupun tak ada bangunan pencakar langit tapi bila tengok rumah-rumah batu dengan design terkini, kereta mewah dan lain-lain, membuatkan anies terfikir tentang kesamarataan pembangunan yang dilakukan oleh pihak kerajaan terhadap penduduk di luar bandar / kawasan Timur Laut Thailand.

ada sesetengah negara ia hanya beri tumpuan pada penduduk bandar je. rakyat yang tinggal jauh / pedalaman, terpinggir langsung. tapi ni tak berlaku kat kawasan yang anies lalui ni.

kalau hal tersebut berlaku sebaliknya, entahlah... ye laa... kita cuma sekadar lalu je. bukannya tinggal kat situ.well apa-apa pun, pemandangan kampung, sawah, ladang, pekan-pekan kecil buatkan anies rasa lebih bersyukur dan berbangga dengan apa yang dikurniakan oleh-Nya. 

tapi paling tak terjangka adalah, ternampak kedai Mr. DIY kat 1 kawasan ni. anies tak sempat nak snap foto kedai tu sebab bas tengah bergerak. hmm... tak sangka kedai 'made in Malaysia' ni sampai nun jauh di kawasan luar Bangkok.

BTW foto-foto ni diambil dari dalam bas ya...


ya, jalan rayanya ada 4 lane ya tapi bukan lebuh raya...







antara rumah-rumah penduduk👆👇



tasik rasanya... masa ni dah masuk Mukdahan...



sepanjang jalan kereta 4WD ni memang banyak sebab bahagian Timur Laut Thailand ni kawasan pertanian. so faham-faham je laa...


korang suka tak perjalanan jauh macam ni dan dapat menikmati suasana kawasan di luar bandar? acu komen👇👇

kami tiba Mukdahan ketika waktu menjelang Maghrib. well... apa cerita kami kat Mukdahan? nanti anies sambung lagi...

oh ya Isnin ni public holiday. so see ya on Tuesday... thanks for reading...
daaa

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Trending Articles