Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Singgah AEON Mall Metro Prima @ Kepong

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Last week cuti panjang... tak tahu nak buat apa, so anies decide untuk naik MRT then turun laa mana-mana stesen yang 'rasa macam best'. boleh tak macam tu?😁

bila train berhenti kat stesen Metro Prima, ternampaklah mall ni. rasa macam okey je kalau nak singgah. tapi entah kenapa kaki rasa malas je nak turun. sudahnya bila train dah bergerak baru nak menyesal😂

sampai kat stesen berikutnya, anies turun and tukar platform untuk patah balik.... adoiii jadi kerjalah ko anies ya...

sejujurnya anies belum pernah singgah mall ni walaupun dulu entah berpuluh kali berulang alik dari Kota Damansara ke Melawati. bila turun kat lobi stesen, terasa sangat lain sebab saiznya 'tak sebesar' stesen MRT yang lain. kiri dan kanan stesen 'dihimpit' oleh shop lot dan jalan raya.

untuk ke AEON Mall pula dari stesen MRT just naik jejantas je. tak sampai 5 minit dah tiba mall entrance.

disebabkan anies tiba awal jadinya suasana dalam mall tak sibuk sangat. hampir sama macam AEON Mall yang lain, pelbagai jenis kedai, kiosk dan restoran boleh didapati di sini. kalau tak nak makan kat restoran, korang boleh makan kat foodcourt AEON yang turut menjual pelbagai jenis juadah. lepas makan kalau nak tengok movie, naik je ke tingkat atas. ada pawagam TGV kat situ. oh ya arked permainan untuk kakan-kanak pun ada tau! pendek kata, mall ni lengkap untuk persinggahan sekeluarga di hujung minggu.

kalau korang jalan-jalan ke Kepong nanti bolehlah singgah sini. kawasan parking pun luas juga. cuma trafik je laa yang tak berapa nak cun kat sini sebab banyakkkk🚦!


stesen MRT Metro Prima...

AEON Mall....dari luar...

suasana dalam mall



food court AEON...

short video @ inside the mall...


cuti sempena keputeraan rasmi YDPA minggu lepas korang pergi mana? acu share👇👇

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Trending Articles