✿...السلام عليكم✿
AUTO PUBLISHED
Semuanya berlaku tanpa dirancang.
dalam sibuk2 dengan itu ini,
tetiba opismet datang bertanya,
"nak pergi tengok teater tak?"
"teater apa?"
"Projek Kahwin!"
"wah, best tu! berapa $$? bila?"
"FOC! malam esok!"
apa lagi, melompatlah anies masa tu.
ye laa kan... bukan senang nak dapat benda free
esp. di zaman yang serba serbi kena bayar ni...
makanya, lepas Maghrib terus bersiap dan
terus ke IB (Istana Budaya).
sebelum tu dalam hati dah berharap
moga2 malam ni pelakon Hanez Suraya
yang akan beraksi
tapi...
kita layanz gambar2 dulu la ek!
terima kasih kepada pihak UiTM Puncak Alam
khususnya kepada Puan Lilis Syafiza & En. Kerol yang sudi
memberi tiket ni. bukan anies sorang je ye yang
dapat tiket FOC ni... ada 60 orang lagi student
UiTM yang hadir pada malam tu.
suasana di lobi IB yang dah hampir
serupa macam butik pengantin.
first time dapat seat kat tingkat atas.
sebelum ni masuk IB banyak duduk kat bawah.
so kali ni agak jakun la...
sebelum teater bermula...
pada pandangananies laa... bila duduk
kat tingkat atas ni, rasa macam terganggu juga
la tumpuan. bila nak fokus kepada pelakon, mata
dah terarah ke tempat lain. kalau duduk kat tingkat
bawah tak de la pulak rasa macam tu...
pembukaan cerita...
persembahan daripada student2 UiTM yang juga
merupakan penari latar bagi teater ni.
kami diberi masa 10 minit yang pertama
untuk merakam gambar. tapi lepas tu, tak boleehhh...
sebelum melabuhkan tirai...
barisan pelakon, penari, penerbit dan krew2 yang terlibat...
sinopsis cerita
mengisahkan dua orang remaja iaitu Nisa' dan Rizal
yang telah lama berkawan dan berhasrat untuk meneruskan
perhubungan mereka ke fasa yang lebih serius iaitu
berkahwin. Nisa' merupakan anak hartawan manakala
Rizal pula hanya bekerja sebagai HK (head keeper) di
sebuah zoo.
Rizal diterima baik oleh ahli keluarga
Nisa' pada kunjungan pertamanya ke rumah Nisa'.
akan tetapi sebelum pulang, Rizal diberi 'syarat'
untuk memiliki Nisa' iaitu dia hendaklah menyediakan
wang hantaran yang tinggi jika benar2 serius untuk
memperisterikan Nisa'.
Rizal yang pada mulanya bersemangat dengan
syarat tersebut akhirnya menjadi berputus asa
kerana berasakan dia sememangnya tidak mampu
untuk menyediakan wang hantaran seperti yang diminta
oleh keluarga Nisa'.
akhirnya dengan bantuan Nisa' serta rakan2 baik mereka,
mereka telah merancang satu projek kahwin
bagi memenuhi syarat tersebut.
antara projek kahwin yang dirancang termasuklah
meminjam daripada along, berpura2 menjadi pemilik
butik dan sebagainya. ketika majlis mereka
semakin hampir, Rizal menemui jalan buntu.
bukan kerana wang yang dipinta tetapi kerana
disebabkan 'permintaan' yang bukan2 daripada
keluarga Nisa' seperti sebuah majlis yang 'grand',
pakaian yang mahal, hantaran yang bermacam2
dan sebagainya.
pun begitu, Rizal dan Nisa' akhirnya
dapat bersatu sebagai suami isteri hasil bantuan
ayah Nisa' yang berjaya 'mematahkan' angan2
ibu dan mak long Nisa'.
autograph session selepas pementasan.
antara teraju utama, dari kiri Zulin Aziz (mak long Nisa'), Sherry Al-Hadad (ibu Nisa'), Kilafairy (Nisa'), Kaka Azraf (kawan Nisa' dan Rizal), Shah Iskandar (kawan Nisa' dan Rizal), Imam Muda Asyraf (penceramah) dan Izzue Islam (Rizal)
insya-Allah sebelah petang nanti baru
anies dapat BW ke teratak yu ols ya...
tungguuuuu....