✿...السلام عليكم✿
Sinopsis
Scarlett Marlowe (lakonan Perdita Weeks) merupakan
seorang arkeologis, berhasrat untuk menyambung kerja-kerja
yang dilakukan oleh mendiang bapanya yang
juga merupakan pengkaji sejarah terkenal untuk mencari
‘a philosopher stone’. di Paris, Scarlett telah melakukan
suatu eksplorasi untuk mengkaji kubur-kubur
yang tertanam di bawah bandar Paris. bersama-sama
rakannya George (Ben Heldman) dan Benji sebagai
jurukamera, mereka meminta bantuan daripada
seorang penduduk Paris bernama Papillon. Papillon
turut membawa Souxie dan Zed bagi melancarkan
misi Scarlett. apabila mereka telah menemui kubur-kubur
yang tertanam di bawah bandar metropolitan itu,
Scarlett meneruskan hasratnya untuk terus
mencari ‘philosopher stone’itu. namun, pencarian
itu tidak semudah yang disangka kerana mereka
bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan
pelbagai cabaran di dalam ‘terowong’tersebut
tetapi juga mereka diburu dan dihantui pelbagai
gangguan yang juga merupakan ‘ungkitan’ kepada
‘dosa-dosa’yang pernah mereka lakukan sebelum itu.
my review
filem ini mirip kepada filem The Da Vinci Code
dan juga filem The Enchanted. Namun bezanya
dengan filem ini, jalan ceritanya straight to the point.
bermula dari mereka memasuki kubur di bawah tanah,
kemudian terperangkap serta diburu dan akhirnya
mereka berjaya mencari jalan keluar setelah
berhadapan dengan cabaran dan kematian.
filem ini ‘dirakam secara amatur’. jadi, anda yang
menonton akan berasa pening (mungkin juga akan muntah)
kerana ‘terpaksa’mengikut keadaan kamera yang
berlari-lari,bergolek-golek, jatuh terhempas dan sebagainya.
kalau dah nama filem fiksyen, of coz jalan
ceritanya tak terlepas daripada perkara-perkara
yang tak logik. sebagai contoh, dengan
menggunakan philosopher stone tersebut, Scarlett
dapat mengubati luka Souxie yang cedera parah
selepas dihempap batu.
cerita ini ada elemen suspen dan seram.
kalau anda jenis yang kuat melatah dan penakut,
tak yah tengoklah kot. takut2 nanti ada yang terkucil
pulak dalam panggung.
^_^
daripada 5 bintang, anies beri 3 1/2 bintang.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah, rezeki di awal bulan bersama Nuffnang.
TERIMA KASIH banyak2 kerana sudi memilih anies
sekali lagi untuk menyaksikan tayangan perdana
filem ini.
macam biasa... pass masuk untuk 2 orang. kali ni, dah tak sesat lagi. lagak macam dah selalu datang ke TGV ni... hahaha...
sebelum masuk panggung, layan sekejap gelagat manusia di ruang legar TGV.
row seat kami. sekadar info: jika di TGV, seat (row) A terletak paling hadapan manakala di GSC, seat (row) A terletak bersebelahan pintu masuk / seat paling belakang.
apa ni? ni bukan kedai ya tapi poster filem yang bakal berada di pawagam... unik kan?
last but not least, sekali lagi TERIMA KASIH
NUFFNANG dan kepada yang akan menonton,
enjoy the movie!
daaaa....