✿...السلام عليكم✿
Sinopsis
Eggs (suara Isaac Hempstead-Wright) merupakan
anak yatim yang dibesarkan di bawah gua bawah
tanah oleh pemungut sampah yang dikenali sebagai
Boxtrolls oleh penduduk Cheesebridge. Boxtrolls
menjadi target seorang pembasmi kejahatan iaitu
Archibald Snatcher. Snatcher sebenarnya memanipulasikan
Boxtrolls bukan sahaja untuk menakut-nakutkan penduduk
Cheesebridge tetapi juga untuk mendapatkan topi putih
yakni kedudukan yang lebih tinggi dalam masyarakat.
pertemuan Eggs dengan Winnifred secara tidak langsung
telah membongkar kejahatan yang dilakukan oleh
Snatcher bersama-sama konco-konconya. dapatkah
Snatcher menghapuskan Eggs dan Boxtrolls demi
mendapatkan topi putih itu? siapakah sebenarnya
Eggs dan bagaimana dia boleh dibesarkan di kalangan
pemungut sampah?
my review
filem ini berdasarkan novel kanak-kanak yang
berjudul Here Be Monsters, hasil karya Alan Snow.
sejujurnya, ini merupakan kali pertamaanies
menyaksikan filem animasi di pawagam. jadi,
anies tak dapat nak bandingkan filem ini dengan
filem2 animasi yang lain.
dari segi jalan cerita, 15 minit pertama agak
konfius sikit sebab tak berapa nak faham
kenapa tiba2 ada perintah berkurung. lepas tu,
Snatcher beria2 nak kan topi putih. Eggs pulak masa
tu, masih baby lagi. bila Eggs menjadi seorang kanak2,
barulah plot cerita berkembang. satu demi satu
watak mula memainkan peranan termasuklah Boxtrolls.
kalau diukur dengan elemen kelucuan, pada anies,
filem ni kurang elemen tersebut. panggung pun
macam senyap sunyi. tak de kih kih sana, tak de
kih kih sini... so tak hairanlah, ada beberapa penonton
yang anies perasan, dah terlena dibuai mimpi.
filem ni dah masuk wayang mulai semalam,
11 Sept. 2014.
daripada 5*****, anies beri 3 1/2***
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
TERIMA KASIH kepada pihak Nuffnang yang sudi memilih anies untuk menyaksikan preview screening buat kali ke-4. btw, masak laa korang asik baca preview filem je kat blog ni...
terima kasih juga untuk BE kali ni. kepada yang sudi klik iklan kat blog ni, TERIMA KASIH banyak2. ada sesetengah blog, anies klik iklan tapi empunya blog tak diberitahu... ;-)
untuk info tambahan, berikut beberapa
filem antarabangsa yang bakal
menerjah pawagam. maaf la yek...
kualiti gambar teramatlah sadis...
bakal berada di pawagam pada 4 Disember 2014. sesiapa rindukan kelibat Mrs. Affleck, boleh laa layan filem ni nanti..
filem Kantonis, khas untuk penggemar2 movie dari Disnelyland Hong Kong.
sequel Night At Museum ketiga, lakonan Ben Stiller, yang mungkin akan berada di pawagam pada Disember 2014.
peminat2 cerita seram dari Thailand pasti tertunggu2 filem ni yang bakal berada di pawagam pada penghujung Oktober 2014. ni la masa nak release tension dengan menjerit2 macam kak Limah dalam panggung... ;-)
antara filem yang anies nanti2kan... tak sabar nak tengok gelagat Patrick!
filem animasi yang penuh berwarna-warni...
pemburu darah kembali lagi!
pengarah Christopher Nolan kembali dengan filem baharu yang membariskan pelakon2 hebat seperti Matthew McConaughey, Anne Hathaway, Jessica Chastain dan Bill Irwin.
Home. lagi filem animasi yang bakal menemui anda. tapi tayangannya mungkin berlangsung pada Mac 2015. peminat Rihanna pasti tertunggu2 filem ni...
last but not least, siapa yang dah pernah layan Madagascar, pasti tak sabar nak tengok si penguin2 comel ni kan? eee... rasa nak cubit2 je penguin2 ni!
so, selamat menonton!
SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA BLOGGER ACIK RIOTARO& PASANGAN (AHAD - 14 SEPT 2014) sesiapa yang duduk kat area Grik tu, singgah2 la ke majlis Acik ni ye!
kepada yang bakal bercuti panjang, selamat bercuti. dan untuk seluruh rakyat Malaysia, Selamat Hari Malaysia!