Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1682

EPL Football Masters 2013

$
0
0
...السلام عليكم

Ni cerita bulan lepas punya.
baru sekarang terhegeh2 nak update.
dah tak ada modal nak update la tu yek, anies?
hahaha...
pandai korang!
so 2 markah untuk korang.

apa pun...
walau dah basi dan tak ada modal nak up entry, anies tetap nak share juga.
lagipun event ni cuma berlangsung setahun sekali.

macam tahun lepas, (ceritanya ada kat sini), sekali lagi Standard Chartered membawa beberapa pemain yang pernah mencipta nama di English Premier League untuk beradu tenaga dengan pemain2 legenda negara bagi satu tujuan amal.

bermula tepat pukul 3 petang, pada tahun ni Stadium Putra Bukit Jalil menjadi tuan rumah dan sambutannya lebih meriah berbanding tahun2 lepas.

berikut senarai pemain yang terlibat dalam EPL Football Masters 2013:


Liverpool Masters

Mark Wright (manager), Robbie Fowler, Steve McManaman, Jerzy Dudek, Dietmar Hamann, Bjorn Tore Kvarme, Jason McAteer, Rob Jones, Steve Harkness.

Man Utd Masters

Viv Anderson (manager), Andrew Cole, Ronnie Johnsen, Lee Sharpe, Karel Poborsky, Michael Thomas, Henning Berg, Clayton Blackmore, Paul Parker.

EPL All Stars

Phil Neal (manager), Frank Leboeuf, Tore Andre Flo, Dennis Wise, Savo Milosevic, Sasha Ilic, Robbie Savage, Phil Babb, Stephane Henchoz.

Malaysia Legends

Azlisham Ibrahim, Zami Mohd Noor, K. Sanbagamaran, Sharin Majid, Shahril Arsat, Lin Chuan Yew, Shamsul Abu Bakar, Ahmad Shahul Azhar, Zainal Abidin Hassan.

hanya beberapa keping pic sahaja yang sempat anies bidik sepanjang berada di sana.
check it out!

macam biasalah..
nak masuk kena ada tiket.
kalau nak free, sila buat event sendirian berhad.
btw, tahun ni tiket lebih murah berbanding tahun lepas.

masa ni belum ramai lagi tapi penyokong LiverpoolFC dah bersemangat kereta waja nak tengok game!

percaya ke tak...
giant jersey ni dibawa dari Anfield?
okey.. tipu...

Stadium Putra ni layak jadi 2nd Anfield laa...
tapi untuk hari tu je...

perlawanan pembukaan.
TV3 celebrity vs Soccer Kids.
Soccer Kids won by 3-2.
oh, ya!~ nampak tak kereta kaler biru kat belakang tu?
ada beberapa orang pengunjung bertuah terpilih untuk melakukan sepakan terus melepasi palang gol sebanyak 3 kali percubaan.
malangnya, seorang pun tak berjaya.

warm up session.
yang tak best nyer tentang game ni adalah karpet biru tu.
ada beberapa pemain hampir terjatuh disebabkan karpet yang tak berapa nak melekat tu.
anies yang tengok ni pun naik tensen!

barisan pemain pencen Liverpool FC.
waarrghhh Hamann ku di situuu...

Malaysia legends vs MU Masters.
Malaysia Legends won 2-1.
macam tak percaya!
cayalah Zainal Abidin Hassan & the gang!

Liverpool Masters vs EPL All Stars.
Liverpool Masters won by 5-1.

MU Masters vs EPL All Stars.
EPL All Stars won by 3-2.

Malaysia Legends vs Liverpool Masters.
Liverpool Masters won by 6-2.

Malaysia Legends vs EPL All Stars.
EPL All Stars won by 7-2.

game yang paling ditunggu2.
Liverpool Masters vs MU Masters.
of course la... 
Liverpool Masters benam musuh ketat dengan 4-2.

Final : Liverpool Masters vs EPL All Stars.
dan seperti yang dijangka...
Liverpool Masters mempertahankan kejuaraan tahun lepas dengan kemenangan 5-4 selepas bangkit dengan ketinggalan 3-1 pada separuh masa pertama.
yeahhh.. well done lads!

macam kat Anfield juga...
penyokong Liverpool kekal bersemangat ketika YNWA anthem didendangkan.


masa players baling medal kat penonton...
masa tu rasa menyesal plak beli tiket murah.
muahahaha...

bye2 Malaysia.
see ya next year!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1682

Trending Articles