✿...السلام عليكم✿
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan Kami wahyukan kepada Musa dan saudaranya, 'ambillah olehmu beberapa buah rumah di Mesir untuk dijadikan tempat tinggal bagi kaummu dan jadikanlah rumah-rumah itu sebagai tempat solat dan dirikanlah solat serta gembirakanlah orang yang beriman..."(Yunus: 80)
"Maka tatkala mereka masuk (ke tempat Yusuf), Yusuf memeluk ibu bapanyanya lalu berkata, 'masuklah kamu ke negeri Mesir ini dan insya-Allah dalam keadaan yang aman." (Yusuf: 99)
"Dan Firaun menyeru kepada kaumnya (seraya) berkata, 'hai kaumku, bukankah kerajaan Mesir ini kepunyaanku dan (bukankah) sungai-sungai ini mengalir di bawahku, maka apakah kamu tidak melihatnya?" (Az-Zukhruf: 51)
"Dan orang Mesir (yang membeli) itu berkata kepada isterinya,' berikanlah kepadanya (tempat dan layanan) yang baik, boleh jadi dia akan memberi manfaat kepada kita atau kita ambil dia sebagai anak (angkat)', dan demikian pula, Kami memberikan kedudukan yang baik kepada Yusuf di muka bumi (Mesir), dan Kami mengajarkannya tentang menta'bir mimpi, dan Allah berkuasa terhadap urusan-Nya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (Yusuf: 21)
"Dan orang Mesir (yang membeli) itu berkata kepada isterinya,' berikanlah kepadanya (tempat dan layanan) yang baik, boleh jadi dia akan memberi manfaat kepada kita atau kita ambil dia sebagai anak (angkat)', dan demikian pula, Kami memberikan kedudukan yang baik kepada Yusuf di muka bumi (Mesir), dan Kami mengajarkannya tentang menta'bir mimpi, dan Allah berkuasa terhadap urusan-Nya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (Yusuf: 21)
>>::<<
sihat ke.. tak sihat?
mmm... ada yang rindu kat anies ke?
alaa... tak payahlah malu2...
kalau rindu katakan rindu...
tidak aku tertunggu2...
ceh wah!
Alhamdulillah, selepas 2 minggu anies kembali
menceceh kat blog yang tak seberapa ni...
eceh! ayat bajet macam fofular je kan?
hari ni dah kembali bekerja seperti biasa.
sebenarnya semalam dah masuk kerja daa.
tapi half day je sebab masih terasa jet lag lagi.
payah woo nak 'adjust' mata ni.
hidung pulak, sok sek sok sek...
pukul 4 pagi mata masih terkebil2. yelah... kat sana
pukul 4 pagi baru pukul 10 malam. bila terjaga,
dah 12.30! tapi kat sana baru 6.30 pagi... adoiii...
letih woo... ni baru 2 minggu...
kalau 2 tahun entah macam mana laa agaknya...
BTW, Alhamdulillah... akhirnya dapat juga anies
menjejakkan kaki di bumi anbiya' ni. bumi yang
terkumpul sejuta cerita dan sejarah manusia.
bumi yang tersulam namanya dalam wahyu suci.
dan pada hari ini, bumi ini sekali lagi menjadi
tumpuan dunia. bukan kerana Piramidnya,
bukan kerana Nilnya... tetapi kerana di sini
bermulanya kebangkitan rakyat yang dilabel
sebagai 'Revolusi Arab.'
pada mulanya, hasrat hanya terluah dengan
'buang2 cakap' je. tapi siapa sangka, akhirnya
menjadi kenyataan. barangkali juga rezeki
untuk tahun ni. Alhamdulillah...
untuk hari ni... anies buat teaser dulu boleh tak?
banyakkkkk cerita nak di share kat sini dan
banyakkkkk juga gambar yang perlu dilombong
dalam kamera tu...
so, layankan dulu yek apa yang ada ni...
MAS tak ada direct flight ke Kaherah, maka Egypt Air menjadi pilihan. kalau MAS Kargo tu ada laa... tapi, tak kan laa anies nak naik MAS Kargo pulak... apa kes? kome ingat mem besar blog ni buah kurma ke?? ^_^
ERL menjadi pilihan pergi dan balik dari KLIA. million thanks to kak ilah sekeluarga sebab sudi teman anies sampai ke TBS.
terjumpa budak ticit comel ni kat surau KLIA. eee...geram sungguh! rasanya budak ticit ni anak orang Uzbekistan (tengok daripada raut wajah ibunya)
tak ramai penumpang pada hari tu... so dapatlah aniesberkuak lentang berlunjur kaki dan zzz dengan jayanya... ;-)
3 kali makan untuk 10 jam perjalanan. Alhamdulillah... kenyang... ada 1 cerita yang tak berapa nak lawak. OTW balik Malaysia, seorang pramugari ni kejutanies untuk bangun makan. so, dia pun tanya: "miss, do you want chicken or beef?"anies yang tengah mamai ni, dengan 'kondifen' nyer menjawab:"fish!"ekekekeke...
sawadeekrub... flight transit kat Bangkok selama sejam. balik ke Malaysia pun sama. so harapan untuk mengopakkan purse kat Suvarnabhumi Airport tu memang tak kesampaian laa...
okey... sampai dah kat Cairo International Airport tepat jam 5.40 pagi waktu Kaherah dengan muka yang mengantuk ya Rabbi. selesai check in segala bagai, jam menunjukkan pukul 6.40. kat luar airport, kak ngah dah sedia menunggu.
ke mana destinasi anies seterusnya?
apa tujuananies ke sini?
to be continued...
sesi BW akan bertatih setapak demi setapak...