✿...السلام عليكم✿
Mengikut sejarah, masjid ini dibina
pada tahun 641H dan siap setahun
selepas itu diatas arahan Khalifah
Umar al-Khattab. pada ketika itulah
buat pertama kali Mesir ditawan oleh
tentera Islam yang dipimpin oleh
Amr bin Al-'Ash sebelum menyebarkan
Islam ke bahagian utara Mesir. dengan
terdirinya masjid ini, sekaligus
mengiktirafnya sebagai masjid pertama
yang didirikan di benua Afrika.
kesempatan berada di Kaherah, pastinya
tak kan melepaskan peluang untuk
menziarah serta bersolat di masjid yang
penuh bersejarah ni. kata ustaz, masjid ni
menjadi meriah dengan aktiviti ibadah
terutama di bulan Ramadan dan akan
bertambah meriah apabila masuk
10 hari terakhir Ramadan!
more info tentang masjid ini, di SINI.
kalau tak silap, masjid ni berada dalam kawasan yang dipanggil Old Cairo.
pintu masuk utama masjid. barangkali masjid di Itaewon @ Korea Selatan mengambil inspirasi daripada masjid ni...
ruangan di bahagian tengah2 masjid yang memisahkan antara bangunan lama dan baru. masa pijak jubin lantai ni... makkk aiii... sejukkk...
pintu masuk utama masjid bangunan lama. anak panah berwarna hijau tu menunjukkan bilangan tiang yang terdapat pada bangunan lama masjid.
keadaan di dalam masjid (bangunan lama). agak lengang kerana masa ni baru lepas solat Zohor.
mimbar dan tempat penceramah menyampaikan kuliah.
... sementara menanti yang lain selesai solat...
bahagian tepi masjid yang lengang... sebelah kiri masjid, ada tandas wanita dan di dalamnya, anies'diburu' oleh pengemis kecil (lelaki)... alahai... sampai ke situ dikejarnya...
jika ada sebarang kesilapan fakta dalam setiap entry jalan2 ni, harap diperbetulkan.