Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1685

#YouAsk : tentang Mesir (2)

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

Hari tu dah jawab untuk part #1. sesiapa
yang terlepas baca (ceh, bajet macam 
fofuler!) boleh laa skodeng kat SINI. hari
ni, sambung part #2 pulak! so here we go!

ketiga2 soalan kat bawah ni merujuk
kepada entry Tasik Qarun. boleh jengah
entry nyer kat SINI.
waalaikumussalam. tentang ke dalaman tasik ni, maaf laa... anies tak tahu. mungkin boleh rujuk Google or Wiki? FYI, bila sampai kat tasik ni, kami tak jumpa pun papan tanda / info tentang tasik ni. mungkin ada kat tempat lain. tapi tempat yang kami stop tu memang tak ada.

tentang busuk kerana dosa tu mungkin pendapat sebahagian ulama'... ye laa kan... Qarun tu kan besar dosanya kepada Allah SWT. mungkin juga Allah SWT menjadikannya busuk adalah sebagai peringatan kepada kita agar jangan meremehkan zakat. wallahu 'alam.

busuk air tasik ni tak laa sampai perit lubang hidung. tapi bila angin bertiup, terasa juga laa bau busuk tu...

soalan ni berkait dengan entry Istana 
Qarun. boleh baca kat SINI
kat sana tak ada kanibal. tapi orang2 nyer rata2 bila tengok orang Malaysia, riak muka diorang macam penuh tanda tanya. mungkin sebab orang Malaysia cantik2 kot? hahahaha... ada satu cerita yang kak ngah share. ada seorang mamat Mesir ni, baru je kenal dengan kawan kak ngah. tetiba terus ajak kahwin. katanya, dia suka orang Malaysia sebab peramah. ehemmm... kembang hidung gue ^_^


soalan2 yang ni pulak merujuk 
kepada entry Masjid Amr bin 
Al-'Asr. boleh baca kat SINI.
bukan kena pow anizz. dia cuma mengekor je sampai ke dalam tandas. dia tak buat apa2 pun. cuma bimbang, once kita dah beri, lepas tu 10 orang datang serbu....

yap, setiap masjid yang anies singgah, rata2 di dalamnya ada bangku panjang. banyak fungsi bangku ni... selain tempat duduk, ia juga dijadikan sebagai 'katil' dan di bawahnya dijadikan sebagai rak kasut.

apa laa ko ni anies... dalam masjid pun nak pakai spek itam ;-)

soalan2 yang berikut ni, berkait dengan 
entry dating kat tepi laut Mediterranean. 
boleh jengah entry nyer kat SINI.
jujur anies katakan, sebelum berangkat ke sana, aniestak terfikir langsung tentang apa yang sedang berlaku kat sana. bila dah balik ke sini, baru teringat semua tu. Alhamdulillah, semuanya selamat kat sana dan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.

mmm... berfikir juga laa anies nak jawab soalan ni... okey, lebih kurang macam ni jawapannya. aniesberada kat sana selama 2 minggu. 3 hari kat Kaherah dan selebihnya kat Iskandariah. 

mmm... rasanya ada kot kat mana2 restoran Arab. cuba tanya. sebab anies pernah pergi restoran Arab dan mereka ada jual kuih-muih / kudap-kudapan dari sana.

ni dipanggil crepe. besaq giler! tak habis kalau makan sorang2.

yap, memang sejuk. mungkin sebab awal pagi kot. tapi cuaca ketika anies berada kat sana memang sejuk. 17 darjah Celcius pada waktu siang dan 12 darjah Celcius pada waktu malam. tentang kucing tu, mungkin dia dah biasa kot ;-)

sepanjang berada kat sana, orang2 Mesir nampak friendly. malah mereka juga bangga bila ada pelancong menaiki kenderaan mereka. sebagai contoh, ada suatu hari tu aniesnaik tut tut. tetiba driver tut tut ni berhenti dan bercakap dengan kawan dia proudy. then, kak ngah pun beritahu: "sebenarnya dia beritahu kat kawan dia yang dia ada bawa pelancong dari Malaysia!" hahaha... gelak kami masa tu. lagi satu, tak ramai yang anies jumpa yang mahir berbahasa Inggeris. kalau ada yang mampu bertutur, jadi macam ayam dan itik je...

mungkin sebab musim sejuk, masa anies pergi ni kan dah bulan November. tapi sejuknya tu tak ada laa sampai terkancing gigi ;-) kalau nak bawa balik tu no prob. tapi nak menghadap imigresen tu... mmm baik amik je kucing tepi jalan. lagi senang kan? ;-)

okey, tu je. nanti anies sambung lagi ek! thanks for asking! ;-)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1685

Trending Articles