✿...السلام عليكم✿
Ada satu kisah, di mana ada seorang pemuda yang malu untuk melakukan solat fardu, lebih-lebih lagi solat di hadapan orang ramai.
Suatu hari, dia meminta rakannya untuk menunjukkan tempat untuk solat. Tetapi rakannya berkata, “Engkau masih muda, mengapa perlu bersolat? Sedangkan solat itu hanya untuk orang tua yang telah hampir saat kematiannya?”
Tetapi pelajar itu tetap ingin bersolat dan kemudian dia dibawa ke suatu tempat yang agak terpencil di bahagian bawah bangunan dan di sana dia dapati ada seorang lelaki tua sedang bersolat. Pelajar tersebut bertanya setelah lelaki tua itu selesai bersolat,
“Mengapa pak cik bersolat di sini?” Orang tua itu menjawab,” Supaya tiada orang yang melihat aku.” Mendengar jawapan itu, pelajar itu berkata, “Kita akan lakukan solat di tempat terbuka,” dan dia terus menarik tangan lelaki tua itu menuju ke dewan kuliah.
Pada hari pertama, pelajar lain mencemuh pelakuan mereka tetapi selepas itu, ramai yang tertarik dan akhirnya ramai yang turut menyertai mereka.
Suatu ketika, salah seorang pelajar yang selalu hadir ke situ mengemukakan cadangan, “Apa kata kalau kita mendirikan masjid dalam kawasan kampus ini?” Pendapat tersebut dipersetujui dan mereka mula merangka usaha agar sebuah masjid boleh didirikan di situ. Akhirnya berkat usaha, dosa dan kegigihan pelajar di kampus itu, terdirilah sebuah masjid seperti yang dihasratkan.
Boleh tak kita bayangkan, betapa banyak pahala yang diperoleh mereka yang menyumbang untuk mendirikan masjid dan sekaligus menegakkan syiar Islam di kampus tersebut?
Ini kisah benardan ianya terjadi di sebuah tempat di Perancis.
diubahsuai daripada buku: Ghaiyyir Nafsaka : Perubahan Diri, karya Amru Khalid, terbitan Ana Muslim Sdn Bhd. ISBN: 978-967-403-110-7