Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Best sangat ke, #KLIBF 2015 ni??

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

Uiii... kaku sekejap tangan nak menaip ni...
semuanya gara2 berkampung selama 10 hari
kat PWTC... hahaha... salahkan book fair
pulak. padahal tak ada kaitan langsung pun...

well.... nak cerita apa ek pasal PWTC ni?
rasanya, sama je kot macam tahun2 yang
sudah. anies tahu, ramai yang sempat
singgah ke sana... tapi kenapa ek kita tak
bertemu? eceh!!

rasanya yu ols layan kan je laa yek gambar2
yang ada... bak kata omputeh, let the pictures
tell the story... ceh wah!

oh, ya! tak lupa... kepada bloggerSalbiah M
dan azieazah... harap2 jumpa lagi...bukan takat
PWTC je... ;-)

macam biasa laa... mesti ada tag ni. tapi tahun ni pak guard sengal sikit. walaupun kami boleh masuk awal, kami wajib pakai tag. tak boleh share share...grrrr... padahal bukan orang lain pun. officemate juga!

hari2 terpaksa bawa bekal dari rumah. sebab pe? sebab harga makanan kat PWTC bukan murah ya tuan tuan puan puan... kalau sepinggan mi goreng dah RM6... hah, acu darab dengan 10 hari? mau rabak rentung purse mem besar... tu baru makan tengah hari...tak kira lagi sarapan and makan malam!

DYMM Tuanku Nazrin Shah mencemar duli berangkat ke KLIBF tahun ni... anies tengok ramai yang berebut2 nak bergambar... Tuanku pulak memang sporting habis! sorry... gambar Parkinson... oh, ya! Daulat Tauanku! sempena pertabalan baginda sebagai raja Perak yang ke 35 semalam.


YB KJ serbu booth kami! memula, seorang pun tak perasan. bila anies cakap kat member, barulah diorang angkat muka tak percaya! pastu, masing2 berebut nak bergambar. kesian anak KJ, si Puma... terpaksa relakan diri pilih buku sorang2 sebab papa dia dah sibuk bergambar ;-)

lepas acara di main stage, UAI singgah ke booth PTS. mmm... apa lagi! bersesak2 laa orang ramai nak bersalam and bergambar. termasuk laa orang yang tengah menaip ni ;-)

novelis yang tak asing lagi, ustazah Fatimah Syarha dan suami, Dr. Farhan Hadi...

Yasmin Mogahed, novelis @ booth Deen Print...

sapa tak kenal Puan Roza Roslan dan suaminya, Prof. Muhd Kamil ni? mereka boleh dikatakan tiap2 hari ada kat booth Galeri Ilmu... sebelah dengan booth kami...

akhirnya...dapat juga bertemu novelis tersohor dari Indonesia...siapa lagi kalau bukan Habiburrahman El Shirazy... tak kenal beliau? tapi... tahu tak filem Ayat-ayat Cinta, Dalam Mihrab Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih? hah... beliaulah 'mastermind' di sebalik filem2 tersebut... tapi aniestak beli buku terbaharu beliau sebab masa tu belum masyukkk lagi ;-)

Imam Muda Hassan... siapa tak kenal meh cek sekel kepala tu 2 das! laa ni bukan setakat jadi pendakwah je... IM Hassan dah ada butik sendiri tau!

YB Dr. Rais Yatim... merasmikan salah satu buku terbitan DBP @ main stage.

penyanyi Nora dan anaknya (terlindung), turut buat persembahan kat main stage...

Ustaz Nik Abduh (anak Allahyarham TG Nik Aziz) sempat singgah kat booth kami bersama isterinya. tapi masa ni isterinya tengah sibuk pilih busana ;-)

highlight of the event!! i met my BBF!! ya Allah... lebih 10 tahun kami lost contact dan hari itu, ditakdirkan kami bertemu empat mata! menangis2 kami dah macam rancangan Jejak Kasih!! oh, ya... mem besar tengah kepenatan masa tu.. sebab tu tetiba jadi Rapunzel hahaha...

macam biasa... setiap kali ada KLIBF, pasti ada jamuan makan. anies pergi bertiga je walaupun dapat banyak jemputan. lepas makan terus angkat kaki. malas nak tunggu acara2 seterusnya. lagi pun badan memang dah penat sangat2

tak tau nak rembat apa kat KLIBF kali ni... bukan apa... takut beli banyak2 tapi lepas tu tak habis baca... 2 novel dah selamat dihadam... tinggal 1 je lagi... masuk hari ni, dah 3 hari tidur lambat sebab nak habiskan cepat2! err... acu suruh baca Quran?? mampu tak bersengkang mata?? (sindir diri sendiri)

last but not least... Alhamdulillah... tahun ni kami juara!!! tahniah untuk semua!! penat lelah selama 10 hari terbalas dan rasa berbaloi2 bila terima trofi ni! you're the best guys!!

okey... tu je ceritanya... sebenarnya, ramai 
lagi orang2 yang dikenali yang sempat anies 
temui kat KLIBF ni. cuma tak dan nak ambil 
gambar masa tu. ye laa kan... karang dok sibuk
snap sana snap sini... kerja entah ke mana...

Insya-Allah panjang umur kita bertemu lagi 
tahun hadapan...

daaa...
sesi membayar hutang2 BW... three... two... one! go!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Trending Articles