✿...السلام عليكم✿
Layla (bukan nama sebenar) sedang berada di KLIA untuk penerbangan ke Vietnam. selain Layla, 5 orang rakan sekerjanya turut berada di situ untuk sama-sama menyertainya ke negara bekas jajahan Perancis itu.
setiba di Ho Chih Minh, mereka menginap di sebuah hotel bertaraf 3 bintang. Layla, Fairuz dan Jehan (juga bukan nama sebenar) mengambil keputusan untuk tinggal sebilik manakala dua rakan mereka yang lain menginap di bilik bersebelahan dengan mereka.
selepas berada di Vietnam selama 4 hari 3 malam, mereka pun pulang ke Malaysia. selepas itu, tiada apa-apa yang berlaku kepada mereka sehinggalah genap seminggu mereka kembali, Layla merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengannya terutama kepalanya.
dia merasakan kepalanya cukup gatal walaupun dia tidak berpeluh. bila pulang dari kerja, dia akan berdiri di hadapan cermin dan memerhatikan kulit kepalanya. namun, tiada kelemumur yang kelihatan.
setelah hampir sebulan (kembali ke Malaysia), Layla masih tetap berasa gatal yang teramat di kepalanya. puas dia berfikir, kenapa jadi begitu.
nak dijadikan cerita, sewaktu membuka tudung selepas pulang dari kerja, Layla terkejut apabila mendapati seekor kutu melekatdi tudungnya.
"eh, kutu siapa pulak ni? masakan kutu milik Syadah?" (bukan nama sebenar)
Layla sedia maklum, walaupun Syadah tidak bertudung, namun Syadah tetap menjaga kebersihan rambutnya. tambahan pula mereka sudah menjadi rakan sekerja dan duduk bersebelahan melebihi 5 tahun.
keesokannya, sebaik tiba di rumah dari pejabat, Layla membuka tudung. dia terperanjat kerana mendapati ada lagi kutu yang hinggap di tudungnya. di kepalanya, ligat berpusing memikirkan siapa yang'pembawa' kutu tersebut.
masuk hari ketiga, Layla tidak menunggu lama untuk menanggalkan tudungnya kerana dia merasa gatal yang teramat.bagaikan dicucuk-cucuk kepalanya. dan seperti 2 kejadian sebelum ini, Layla 'terjumpa' lagi seekor kutu yang melekat di tudungnya.
tiba-tiba dia bagaikan tersedar.
"ya Allah! kepala aku ke yang ada kutu?"
tanpa berlengah, Layla terus menyarung tudung semula dan bergegas ke farmasi. setiba di farmasi, dia agak kecewa kerana ubat kutu telah kehabisan. Layla menapak ke farmasi yang lain. sekali lagi dia hampa kerana stok ubat kutu juga telah kehabisan.
dalam hatinya sempat berbisik, "ramai sangat ke yang kena kutu ni?"
kemudian dia memandu ke farmasi yang agak jauh dari rumahnya. setiba di farmasi, dia menarik nafas lega kerana stok ubat kutu masih kelihatan di atas rak. lebih menggembirakannya, ubat kutu tersebut turut dibekalkan dengan sikat kutu.
setiba di rumah, Layla tidak berlengah. dia terus duduk di lantai sambil meletakkan sehelai kertas putih. lalu dia pun mula menyikat. sebaik sikat dilepaskan dari kepalanya...
"ya Allah!!!"
Layla hampir pengsan apabila melihat puluhan kutu dan telur kutu yang melekat di sikat tersebut.
"patutlah aku rasa macam nak tercabut kepala je gatalnya..."
dan Layla terus menyikat dan menyikat sampai dia merasakan kulit kepalanya cukup sakit dan tengkuknya lenguh. selepas itu dia mandi dan membasahkan rambutnya sebelum diletakkan ubat kutu.
Layla mengulangi perbuatan tersebut selama seminggu sehingga dia benar-benar merasakan kutu tersebut tiada di kepalanya.
selepas seminggu, kepalanya kembali normal. tiada lagi gatal-gatal seperti sebelumnya. namun ada satu lagi persoalan yang bermain di fikirannya. bagaimana kutu boleh menjangkitinya?
puas Layla berfikir. akhirnya dia temui jawapan.
Layla teringatkan kejadian yang berlaku di Vietnam. Layla tidur sekatil bersama Fairuz dan Jehan. Fairuz dan Jehan; kedua-duanya sudah berkahwin dan mempunyai anak. kedua-dua anak mereka adalah perempuan dan sekarang sedang berada di tadika!
Layla tidak syak lagi. kutu yang hinggap di kepalanya berpunca daripada Fairuz dan Jehan! pun begitu dia tidak menuduh mereka. Layla beranggapan sebegitu kerana dia teringat gambar yang pernah dipos oleh kakak iparnya di Instagram.
gambar tersebut menunjukkan anak saudaranya sedang berada di salon rambut kerana dihinggapi kutu. lagi mengukuhkah 'fakta'anak saudaranya dengan anak Fairuz dan Jehan; mereka semuanya perempuan dan masih berada di tadika!
sungguhpun kejadian itu sudah berlaku hampir setahun, Layla masih terkenangkan peristiwa tersebut. meskipun dia tidak pernah menceritakan perkara tersebut kepada sesiapa termasuklah Fairuz dan Jehan, tetapi baginya... selepas ini dia akan lebih berhati-hati.
wallahu 'alam.
p/s yu ols ada pengalaman kena kutu macam ni??