Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Ikmal - ikhlas

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

Ikmal, boleh tak awak duduk diam-diam?

Kesabaran aku mula teruji sebaik sahaja berdiri di hadapan kelas. Budak lelaki yang berusia 9 tahun dan bernama Ikmal itu tersengih-sengih melihat aku. Aku cuba membesarkan mata sebagai tanda amaran, tetapi tiada sedikit pun riak bersalah di wajahnya. Aku duduk sebentar sebelum mengeluarkan alat tulis dari dalam beg. Bila aku mendongak

Nak ke mana tu, Ikmal?
Tandas, cikgu!
Duduk!arahku.

Ikmal seolah tidak peduli dengan suaraku yang mula meninggi itu. Dan dalam sekelip mata, dia sudah berlari ke tandas.

Aku hanya mampu menggeleng. Itulah perangai anak murid aku yang sememangnya sudah famousdalam kalangan guru di sekolah aku. Tak makan saman, degil, pemalas dan 1001 perangai yang sentiasa menyakitkan hati guru. Tidak kurang juga, Ikmal suka mengusik rakan-rakannya. Sampai kami, guru-guru di sekolah itu kehabisan ikhtiar untuk merawatmurid yang bernama Ikmal itu. Belum lagi disebut pasal kerja rumah. Ada sahaja alasanyang diberikannya. Penghabisannya, kami biarkan sahaja. Kata orang, malas dah nak cakap. Kalau cakap pun macam tu juga.

Suatu hari, seperti biasa, aku akan sampai awal dan memakirkan kereta di hadapan kantin. Tiba-tiba

Cikgu!

Laungan dari jauh itu memeranjatkan aku. Aku mencari-cari si pemanggil.

Cikgu!

Aku ternampak susuk badan seseorang yang amat dikenali dan sedang berlari-lari menuju ke arahku.

Nah! Untuk cikgu!

Aku kaget seketika. Memandangnya tidak berkelip.

Selamat Hari Guru, cikgu!ucapnya dengan riak yang penuh keikhlasan sambil menghulurkan hadiah yang berbalut dengan kertas minyak.

Tapi, belum sempat aku hendak mengucapkan terima kasih kepadanya, dia sudah berlari meninggalkanku.

Di pejabat, aku tidak menunggu lama untuk membuka hadiah itu. Sebuah mug berwarna putih dan sehelai kertas terlipat di dalamnya. Lantas aku membuka lalu membaca tulisan yang ditulis dengan pensil itu


16 Mei 2015 - Selamat Hari Guru 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Trending Articles