Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Akhirnya dia pulang ke pangkuan keluarga kerana keberkatan _________

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

Ustaz, saya masih gagal membeli kebahagiaan, kata Tuan Haji, dengan mata yang tampak berkaca-kaca. Beliau menyambung, Saya punya anak lima orang, tetapi kami sudah enam tahun tidak cukup korumberaya…”

Saya maklum, anak kedua keluarga ini, Ikram sudah tidak lama pulang menjenguk keluarga. Masalah keluarga, kata isteri Tuan Haji. Ikram merajuk apabila teruk dimarahi ayahnya kerana gagal menghabiskan pelajaran di London.

What do you think I should do Ustaz? What does our religion say about this matter?

Apa kata Tuan Haji gandakan sedekah? Sebab yang saya faham dari nasihat Rasul, sedekah ini ibarat formula mujarab untuk apa jua masalah. Ia perisai harta, penyembuh penyakit, menghindar masalah dan penenang hati…”

Tan Haji mengangguk bersetuju. Perkara pertama yang dilakukannya ialah membantu anak setinggan sekitar kediaman. Hampir semua anak yang menduduki peperiksaan penting dihantar tuisyen. Beliau yang biayai semua yurannya.

Akhirnya, jawapan daripada Tuhan tiba. Pagi hari raya tahun berikutnya, tidak semena-mena isteri Tuan Haji menelefon saya, Ustaz wajib datang beraya rumah saya hari ini! Ikram dah balik semalam. Saya ingin sekali Ustaz berkenalan dengannya…”

Dari suaranya itu, saya pasti ia adalah suara kegembiraan seorang ibu yang sudah tujuh tahun menghilang. Petangnya ketika bersembang dengan Tuan Haji, saya dapat rasakan puzzlekebahagiaannya yang telah lama hilang kembali menjelma.

Kata Tuan Haji, Alhamdulillah, semalam saya tidur paling nyenyak. Tujuh tahun Ustaz, something missing dari isteri saya. Semalam saya melihatnya semula. Dia kembali menjadi ibu rumahtangga ini. Kopi khas Sabah yang selama ini tidak pernah dibancuh, semalam saya dapat merasainya semula. Saya tahu Ikram sejak kecil sukakan kopi itu…”


Ini merupakan sinopsis bagi buku ini. Selain cerita yang dikongsi ini, banyak lagi cerita teladan, pengalaman, nasihat, motivasi, pendidikan dan lain-lain yang dimuatkan dalam buku setebal hampir 400 muka surat ini.

anies pasti, sesiapa yang baca buku ini pasti akan ada rasa semangat yang menjentik tangkai hati. Dan Alhamdulillah, sebahagian yang dikongsi di dalam buku ini, telah anies praktikkan dan hasilnyamemang membuahkan senyuman.

Buku ini berharga RM45.90 (SM), RM48.90 (S/S).

Apa2 pun terima kasih daun keladi kepada si pemberi pinjam buku inisemoga Allah merahmatimu Amin

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Trending Articles