Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

5 items yang selalu di'pandang2 dijeling2' kat Rakuten adalah...

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

Kalau tak silap tahun lepas, anies ada 'ter skodeng' web site Rakuten ni. tu pun sebab ternampak iklan asyik menari2 kat sebuah portal online. bila dah klik, anies perhatikan banyak barang2 menarik kat Rakuten ni. yang tak pernah tengok pun ada. tapi... entah kenapa masa tu belum dapat 'hidayah' lagi untuk membeli kat Rakuten.

tu cerita tahun lepas. tahun ni, dalam bulan ni... bila tengok  ramai kawan2 up entry pasal ada contest anjuran Shopcoupons bersama Rakuten Malaysia ni... soanies tak fikir dua kali dah! terus rasa nak join. lagi pun syarat2nya kacang rebus je...

kalau nak tahu lebih lanjut serta T&C, klik je banner kat bawah ni ya, dato' datin...


okey! stop dulu mukadimahnya! meh layan apa barang2 yang anies selalu pandang2 jeling2 kat Rakuten ni! (ada rezeki, of coz laa nak beli kan?) so cekidaut!

hard drive

why hard drive? sebab nak buat main masak2... hahaha... of coz laa sebab anies belum ada hard drive lagi ;-) lately, anies berasakan anies memang memerlukan hard drive ni... bukan untuk diri sendiri je tapi juga untuk tugasan yang semakin bertambah...

ni contoh je... klik code barangan ini untuk mengetahui info lebih lanjut (Apollo Expert M300 Portable Hard Drive

chocolate fountain machine

yang ni memang dari dulu dah mengidam sangat2! mungkin ada pembaca blog ni dah mengetahui, salah satu impian anies adalah nak buka catering sendiri. so, anggaplah pembelian chocolate fountain ni sebagai langkah kanan awal sebelum join business catering... aminnnnn

macam dah ternampak2 je cekelat mengalir dengan derasnya kat fountain machine ni... slurrrppp!! klik code barangan ini untuk mengetahui info lebih lanjut (Home Chocolate Fountain Machine [Small] Satinless Steel)  

one touch can opener


kalau guna opener versi konservatif (apakah?), boleh sakit2 tangan dibuatnya. pastu, bahagian tepi tin tersangatlah tajam dan boleh melukakan hati jari. so, bila dah ada one touch can opener ni, tak perlu bermandi peluh bila mak suruh buka tin sardin. letak, picit and jalan je... tak percaya? acu tengok laa video ni!

amacam? rasa nak beli tak?? mengaku laa... mengaku laa... klik code barangan ini untuk mengetahui info lebih lanjut (One Touch Can Opener)

wedges

i love wedges! tapi bukan potato wedges tu yek.... ni kasut, spesis dan keturunan high heel juga. lagi tinggi wedges laaaggiii anies suka. almaklum laa... empunya badan ni katek je... so bila pakai wedges ni boleh laa nak perasantan macam Alessandra Ambrosio... tak gitu???

"uiii... gayat mak nok!" kata seorang mak cik kepada anaknya apabila melihat anies memakai wedges di atas ;-) klik code barangan ini untuk mengetahui info lebih lanjut (Wedges - Zeera Culture)

mirror jewellery cabinet

last but not least, inilah barang yang sekian lama menjadi idaman kalbu pengarang jantung pisang. dari mula2 kabinet ni berada di pasaran, anies memang dah berangan2 nak memilikinya. tapi apakan daya... masa tu space rumah cinonet je. tapi laa ni... dah tak jadi masalah. bila ternampak kabinet ni kat Rakuten, segera teringatkan niat suci murni yang dah lama terpendam ni... harap2 ada rezeki kelak...

dapat yang ni, maka lengkap sudahlah koleksi kabinetku... ada ke koleksi kabinet? ;-) klik code barangan ini untuk mengetahui info lebih lanjut ([Rakuten Top Seller 2012] Mirrow Jewellery Cabinet)


okey... tu sahaja barang2 yang anies selalu pandang2 jeling2 kat Rakuten. so, kepada kawan2 yang lain... jom join kontes ni. mana tau... ada rezeki yu ols kelak...

sekali lagi, klik kat SINI untuk info lanjut. terima kasih Rakuten. terima kasih Shopcoupons.

all the best ya!!

p/s semua gambar di atas kredit kepada Rakuten Malaysia. Anda boleh mendapat produk-produk tersenarai di Rakuten Malaysia Post ini merupakan entry untuk Peraduan Blogger ShopCoupons X Rakuten. Anjuran ShopCoupons. Rakuten Voucher tajaan Rakuten Malaysia.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Trending Articles