Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1685

Inilah pembunuh kejayaan kita!

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

Ada segelintir manusia yang telah mendapatkan ilmu dan sanggup bersusah payah melabur untuk ilmu (ini adalah 80% kunci kejayaan, mempunyai ilmu yang terbukti berjaya), tetapi selepas mereka komited belajar, mereka telah "membunuh" impian mereka tanpa sedar! lebih kejam lagi, mereka TIDAK KOMITED UNTUK BERTINDAK SEGERA dengan ilmu (matlamat) tersebut.

Ilmu, jika tidak diamalkan ibarat anda membeli benih pokok tetapi anda tidak mahu menanamnya. Dan yang paling teruk adalah, mereka menyalahkan orang lain atau guru mereka di atas kegagalan mereka!
Yang paling kelakar, ada segelintir yang mempunyai ilmu tetapi masih bertindak tanpa ilmu. Ada juga yang mendengar nasihat orang yang tiada ilmu dan pengakhirannya, kedua-duanya merugikan diri sendiri.
Personally, saya selalu mengamalkan doa yang diajar oleh arwah ayah saya iaitu, kita hendaklah sentiasa memohon agar ilmu yang kita pelajari ini bermanfaat buat diri dan orang lain. Juga, memohon agar ilmu ini diberkati untuk kejayaan di dunia dan akhirat, selain meminta Allah SWT memberikan saya pimpinan-Nya, kekuatan-Nya, petunjuk-Nya, sokongan-Nya dan bantuan-Nya agar saya dapat menjalani hidup yang sementara ini dengan luar biasa serta sentiasa di bawah radar Allah SWT yang Maha Menguasai Segala Sesuatu.
Saya teringat pesan mentor saya, Dato James Greaves di mana beliau menyebut, bila kita tidak berjaya, kita "salahkan" guru kita, ibu bapa kita, suami atau isteri kita dan termasuklah Tuhan kerana tidak membantu kita mencapai apa yang kita impikan. Sebenarnya, ia adalah kesilapan atau kesalahan diri sendiri.
Kita hanya mendapat sesuatu mengikut apa yang kita lakukan, bukan apa yang kita impikan. Impian itu penting tetapi tindakan dan komitmen mencari ilmu dan kemudiannya bertindak mencapai impian itu adalah lebih penting.
Dan akhirnya kunci segala perkara di sini adalah keberkatan-Nya. Kadang-kadang kita tidak bertindak atau kita belum mencapai matlamat kita walaupun ada ilmu. Di sini pentingnya kita hendaklah sentiasa muhasabah diri. Kadang-kadang ia sudah hampir tetapi Allah SWT hendak menguji kesabaran dan kecekalan kita.

Sesuatu yang payah dicapai itu akan lebih manis bila mencapainya dalam kepayahan dan cabaran. Insya-Allah, walaupun itu bukan syarat utama mencapai kejayaan atau matlamat kita.

sumber: diubahsuai daripada emel Dr. Hj. Azizan Osman

blogger Siti Yang Menaip dan Nina Ahmad, terima kasih bebanyak kerana membedil (komen) dengan penuh bersemangat! ;-)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1685

Trending Articles