✿...السلام عليكم✿
Kalau cerita pasal potluck ni,
memang tak ada kesudahannya.
Masakan tidak… sebelum puasa,
boleh dikatakan hampir tiap2 minggu,
ada potluck kat opis ni. Selalunya
hari Rabu laa jadi mangsanya.
Dah masuk bulan puasa ni, kira
macam rehat sekejap laa dari
potluck. Mmm… tapi tak de
maknanya istilah ‘rehat sekejap
dari potluck’.
Last week, cerita punya cerita,
akhirnya ‘terjadi’juga potluck.
Tapi potluck kali ni ada pakej
sampingan. Selain makan2 dan
masak2, ada pakej solat
Maghrib + Isyak + Tarawih 8 rakaat.
Arghh malas laa nak bermukadimah
panjang2…layankan je laa gambar2
yang ada ni ek!
ayam ni, akan dimasukkan sekali dalam nasi...
pastu, akan dimasak sekali dengan beras basmathi. ni resepi kak pah. kalau nak resepi nasi ni, pergi tanya dia ;-) tapi memang terbaek laa... sorang makan bertambah2 sampai 3 kali!
acara memotong jari2 untuk dimasukkan ke dalam sayur goreng... bukan jari laa... tu mempedal ayam...
menguli tepung untuk buat roti canai... ko pandai je anies kan? mana ada tepung roti canai kaler hijau??
tepung yang siap diuli, akan dicampakkan ke dalam telaga panas...
inilah hasilnya setelah membanting tulang empat kerat...
ini gambar SEBELUM budak2 balik dari bazar Ramadan... dah cun dah kuantiti makanan tu...
ini gambar SELEPAS budak2 balik dari bazar Ramadan. kami tepuk dahi sendiri bila tengok hidangan ni! masakan tidak! yang nak makan cuma 9 orang je tapi... tengoklah! macam nak mentedarah 30 orang! at the end... masing2 macam ular sawa lepas baham kerbau...
tak cukup dengan lauk pauk... bantai durian pulak tu... mmm...
p/s minggu ni ada potluck lagi! tapi
awal2 anies dah sound. sorang kuar
belanja RM5 je!