✿...السلام عليكم✿
Pada malam raya, beberapa tahun yang lepas…
Sebaik sahaja selesai berbuka, kami; terutama yang perempuan dah start menyinsing lengan. Tugas ‘menari-nari’ di dapur akan bermula sebentar lagi.
“Kak long, tolong perah santan! Kak cik, tolong potong semua sayur-sayur tu! Adik, blend cili dan kerat sotong sekali!”
satu persatu arahan mama keluarkan.
“Kita nak masak apa ni mama?” soal kak long.
“kita nak buat kuah lontong dengan sambal sotong!”
“wow wee… sedap tu!” jerit anies sambil menunjukkan isyarat thumbs up.
“hah, kalau macam tu kena tolong mama sampai kuah lontong siap!”
maka, bergotong-royonglah kami di dapur sampai ke malam. Penat tak payah cerita laa…
keesokkannya… pagi raya…
“karang, takut tak sempat nak jamah, dah habis lontong tu!” jawab anies bila mama tanya kenapa nak makan lontong walaupun belum mandi lagi.
“hah, makanlah!”
“mama, kalau simpan sikit kuah lontong ni boleh?”
mama mengangguk.
-------------------------------------------------------------------------------------------
sebelah petang, hari raya pertama, sewaktu sedang beraya…
“anies, ni mama nak beeritahu. Mama nak ikut kak cik pergi Terengganu!”
“mama nak ikut kak cik bercuti ke?”
“ya!”
anies mengeluh seketika. Dalam kepala dah terbayang, esok dapur pasti tak berasap sebab tiada orang yang akan memasak. Tapi tiba-tiba teringatkan lontong yang disimpan.
“hehehe… lontong kan ada…” kata anies dalam hati.
-----------------------------------------------------------------------------------
Pada hari raya kedua, bangkit dari tidur... perut dah berkeroncong minta diisi.
Pantas tangan membuka peti ais untuk mencari kuah lontong yang disimpan semalam.
TING!
Argghhhh mana perginya kuah lontong ni?? Mata mula melilau mencari sasaran.
TING!
Nasi impit dalam loyang dah habis! Kemudian, tudung periuk diangkat…
TING!
Arghhh kuah lontong pun dah habis!!! Siapa yang baham semua ni?? Tiba-tiba rasa nak menangis. Sampai hari orang dalam rumah ni. Habiskan semua lauk-pauk yang ada.
Nak cari makanan kat luar, of coz dah old out. Faham2 je laa… raya kedua masing2 dah start cari roti canai and nasi lemak.
entah mengapa, tiba-tiba hati terasa nak buka kabinet dapur.
TADAAA... rasa nak melompat je bila ternampak sebekas MameeChef yang tak terusik! dalam hati berkata, "rezeki tak dapat makanlontong..."
tiba-tiba...
"hah, cik anies buat apa tu?" sergah Yaya (anak saudara) dari belakang.
anies cepat-cepat menyorokkan MameeChef ke belakang.
"err... mana ada apa-apa!"
"jangan nak tipu... dah nampak dah tadi. cik anies nak masak MameeChef kan?"
mmm... mahu tak mahu anies terpaksa mengaku. 'ish.... kacau daun laa budak ni!' hati mengdongkol marah.
sangka anies, lepas tu Yaya akan berlalu dari dapur. rupanya dia masih tercegat kat situ dan memerhatikan tingkah laku anies.
'iiiisshhsh... budak ni.. pergilah tengok tv... aku nak makan MameeChef pun tak senang...' rungut anies dalam hati.
setelah MameeChef hampir masak, anies sengaja buat-buat cium keharuman bau MameeChef di hadapan Yaya.
"cik anies, nak sikit!"
"banyak cantikkk..." balas anies sambil mencebir.
tengok tu... betapa kedekutnya anies masa tu even pada anak saudara sendiri. padahal, bukannya budak tu minta semua. dia minta sedikit je.
niat untuk menyakiti si kecil terus 'membara'. anies sengaja membawa MameeChef tu ke ruang tamu sambil menonton tv. Tiba-tiba...
BEDEBUK!
memang benar kata pepatah... orang tamak selalu rugi...
dalam sekelip mata, MameeChef yang berada di tangan anies tumpah ke lantai gara-gara terpijak kereta mainan yang bersepah di atas lantai.
adooiiii... dah laa perut lapar... MameeChef pulak tumpah... sabar je laa...
sewaktu sedang mengutip sisa-sisa makanan, anies menjeling tajam ke arah anak saudara yang berdiri tidak jauh dari situ.
"hah, apa pandang-pandang?” geram pulak rasanya bila Yaya tengok anies sambil terkebil-kebil.
"kalau cik anies beri Yaya MameeChef tadi, tentu cik anies tak jatuh... tentu cik anies dah boleh makan MameeChef tu..."
ZUPPP!!! kata-kata Yaya tu tepat menikam ke jantung! malu beb kena 'sekolah' dengan budak 7 tahun!
Moral of the story, BELAJARLAH BERKONGSI... walaupun sedikit...
--------------------------------------------------------------------------------------------
bila terkenangkan semula peristiwa ni, tiba-tiba rasa nak 'tebus' balik kesilapan tu especially pada Yaya. harap2 Yaya akan balik raya tahun ni dan cik anies janji, cik anies akan buat MameeChef special untuk Yaya iaitu.... #MameeChefLontong
credit: FB Mamee Chef
suka tak? suka tak?
Harap-harap Yaya suka..sebab cik anies memang suka #MameeChefLontong ni.. mirip rasanya dengan Lontong yang mama buat..
kepada mereka yang tak dapat balik kampung sempena raya ni, pergilah cepat-cepat borong #MameeChefLontong ni! harap2 dapat kurangkan sikit rindunya pada kampung sempena Raya ni...