✿...السلام عليكم✿
Taip... delete. taip... delete. serius! nak taip intro pun tak tahu nak mula dari mana. dalam otak banyak idea tapi bila start mengetuk keyboard, hilang semuanya...
apa khabar kawan2 semua? harap2nya yu ols semua sihat2 belaka. almaklum laa... since masuk je bulan raya ni, setiap hujung minggu je pergi open house. pergi open house je setiap hujung minggu... mana tak nyer sampai terlebih sihat, kan?
Alhamdulillah... nikmat Tuhan mana yang kau nak dustakan, kan? apa2 pun pandai2 laa kawal diri. badan tu nak pakai lama...
apa2 pun pertama sekali, nak minta MAAF BANYAK2 sebab dah lama sangat tak membalas kunjungan kawan2 (BW). bukan merajuk. bukan terasa hati. tapi yang pasti malas ya amat. haiiii... tu laa insan yang bernama anies. time dia rajin, dia akan full swing. tapi kalau dia malas... mmm... faham2 je laa... apa2 pun tunggu je laa yek! anies tetap akan jengah walaupun kuih raya korang dah tinggal serdak je...
>>::<<
seperkara lagi, mungkin ada yang dah maklum. pada 10 Julai yang lalu (bersamaan 23 Ramadan) ayah kami telah kembali ke rahmatullah. kalau nak bercerita tentang sebab kematian, memang panjang. tapi cukup sekadar memberitahu kat sini, allahyarham meninggal kerana sakit.
oleh kerana pemergian arwah berlaku kira2 seminggu sebelum hari raya, jadinya tahun ni kami beraya seadanya. bezanya, tahun ni ramai yang datang bukan kerana nak beraya sahaja, tetapi juga datang kerana nak menziarahi mama.
jadi, kepada anda yang membaca entri ni, mohon dapat sedekahkan Al-Fatihah untuk ayah kami.
>>::<<
nak cerita apa lagi? mmm... pasal LFC Tour 2015? yang tu... nanti laa yek... lepas transfer gambar2 la yek baru anies share walaupun ceritanya dah basi ;-)
>>::<<
cerita lain pulak... baru2 ni mama kena denggi. Alhamdulillah tak laa terlalu teruk sangat. tapi kena juga laa warded 3 hari 2 malam. dan 2 malam juga laa, buat pertama kalinya anies tidur kat hospital. waduuhhh... hanya Allah sahaja yang tahu keadaannya. tapi, bila fikir balik, tak mengalah. harap2nya kesengsaraan tu dapat menghapuskan dosa2. aminnn...
>>::<<
cerita pasal kerja? oh, ya! semalam anies dapat berita mengatakan buku teks yang anies buat tu dah siap cetak! Alhamdulillah... akhirnya... selepas lebih 10 bulan turun naik mahkamah berhempas pulas lencun ketiak, siap juga. bila tengok cover buku teks tu, dalam hati rasa macam2. rasa masam, rasa manis, rasa geram, rasa menyampah... semuanya ada! tapi... yes! ianya memberikan satu kenangan. juga pengajaran. ada yang tanya, lepas ni nak buat buku teks lagi tak? anies jawab: big NO! hahaha...
okey laa... setakat ni je laa kut yang mampu anies ketuk keyboard ni... bebel panjang2 pun, ada ke yang nak baca? cittt!
credit. terjumpa quotes ni n terus sumbat kat sini... LOL!