Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1688

Sambal kijeng

$
0
0
✿...السلام عليكم✿


Alkisah... dapat kijeng ni masa raya haji tempoh hari. mak cik anies laa... rajin bebenor pergi tepi laut and kutip kijeng ni. FYI, kijeng ni hidup dalam hutan paya bakau. so, hanya yang berjiwa kental je sanggup meredah paya bakau demi sebutir kijeng. smiley emoticon

pernah dengar or pernah tengok tak kijeng ni? alahaiii... sian yu ols... dulu, yu ols duduk London yek? smiley emoticon

nah, anies belanja gambar kijeng!

kulit kijeng. ianya memang berwarna hijau. so senang nak beza dengan kerang, lala etc. sekarang dah tau dah?

kijeng ni, sekali tengok macam etok. sekali tengok macam teritip. err... pendek kata, ianya adik beradik macam kerang, kupang, lala dan sebagainya lah!

kijeng ni sedap dibuat sambal. so, kalau yu ols dapat kijeng ni or terbeli kat mana2... acu try test resepi yang super duper simple ni!

cikidaut!


bahan2:

kijeng
cili (dikisar)
bawang besar
bawang putih
bawang merah
air asam jawa
garam

cara membuat:

1. bersihkan kijeng terlebih dahulu. kemudian kukus sampai terbuka 'shell' nyer. keluarkan isi kijeng dan bersihkan sekali lagi. ini kerana, dikhuatiri terdapat pasir/ batu/ kulit kijeng yang tersorok di dalamnya.

kijeng yang dah siap dibersihkan. gambar ni terbalik sebenarnya... tu yang nampak pelik je... smiley emoticon


2. bawang putih dan bawang merah ditumbuk / blend. bawang besar dihiris lebar2.

3. tumis bawang putih sampai naik bau dan diikuti cili kisar.

4. masukkan air asam jawa. kalau nak jenis sambal kering, kurangkan air asam. vice versa.

5. masukkan kijeng yang siap dibersihkan. dan biarkan kira2 5 minit sebelum memasukkan bawang besar.

6. biarkan seketika dan kemudian boleh dihidangkan. makan dengan nasi panas2 time berjerebu... terangkat woooooo

selamat mencuba!

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

AL-FATIHAH BUAT COACH FELCRA UNITED, AZMAN EUSOFF YANG KEMBALI KE RAHMATULLAH PADA PAGI TADI.


(open order. COD KL / Selangor. sila PM nombor di atas 24/7)


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1688

Latest Images

Trending Articles