Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1683

Kerana cinta...

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

Hari ini, sudah 2 bulan Mael hilang di hutan. Seluruh penduduk kampung serta pihak berkuasa, sudah menjalankan tanggungjawab mereka sebaik mungkin untuk mencari Mael, namun gagal.

perlu ke tok kita meneruskan misi pencarian Mael ni? soal penduduk kampung.

Tok ketua sekadar menggeleng. Dia tidak tahu apa jawapan yang sesuai untuk dijawab.

Keesokannya, hari ke 61 kehilangan Mael, kampung Sri Pajak menjadi gempar.

kau biar betul, Man?

betul tok! Masakan saya nak menipu!

baiklah. Aku akan ke sana nanti!

setiba di sebuah pondok kecil yang telah dikelilingi penduduk kampung, tok ketua tergamam. Dia seolah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

Mael!

kelihatan di lantai pondok itu, Mael sedang terbaring lemah. Badanya begitu kurus sekali. Di sebelahnya, isteri dan 2 orang anak mereka.

Macam mana boleh jumpa?soal tok ketua.

Pak Amin yang jumpa tok, Subuhtadi! Pak Amin nak ke sungai, tiba-tiba dia ternampak seseorang sedang terbaring di atas pondok ni. Bila Pak Amin mendekat, dia terkejut tengok Mael sedang tebaring. Mael, yang separa sedar ketika tu, meminta Pak Amin memberikannya air kerana terlalu dahaga! terang Budi, anak saudara Pak Amin yang berada di situ.


selepas sebulan

kau sihat Mael?

Alhamdulillah, tok! Saya semakin sihat sekarang…”

Yap, nampak perbezaannya. Sebulan yang lepas kau tinggal tulang je…” usik tok ketua.

Mael tersenyum.

Kau macam mana boleh hidup dalam hutan tu? Cuba cerita sikit. Aku nak dengar."

Mael tersenyum sebelum membuka mulut untuk bercerita

Selepas tersesat dan tak menemui jalan keluar, saya ambil keputusan untuk berehat di pangkal pokok meranti. Ketika itu, dalam fikiran saya, saya cuma teringatkan anak-anak dan isteri. Setiap kali saya cuba mencari jalan keluar, hanya mereka sahaja yang saya fikirkan.

kau mesti teruskan hidup demi mereka Mael! 
kau mesti terus hidup Mael kerana mereka! 
kau mesti terus hidup Mael kerana kau sayangkan mereka!

suara2 inilah yang sering berlegar dalam fikiran saya sepanjang saya berada di dalam hutan. Dan kerana itulah, saya dapat bertahan walaupun terpaksa memakan buah-buhan hutan dan pucuk2 pokok.

Alhamdulillah sekarang saya dah selamatmungkin berkat doa mereka juga, saya dapat kembali…” ujar Mael mengakhiri perbualan.


SALAM MAAL HIJRAH 1437

(open order COD KL/Selangor. PM nombor di atas 24/7)


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1683

Trending Articles