✿...السلام عليكم✿
Apa yang special nyer, anies? nak tau.... ikut resepi ni dan masak sendiri. kalau tak jadi, jangan salahkan anies ya ;-)
bahan2:
ayam (kalau tak makan ayam, boleh ganti dengan daging lembu / kambing)
bawang putih
bawang merah
bawang besar
halia
kentang (dipotong bulat dan digoreng)
tomato
sos cili
kicap
lada merah + hijau
air
garam
daun kari
serbuk lada putih
cili padi (kalau nak pedas)
minyak (guna minyak bekas goreng kentang)
bunga cengkih
cara membuat:
1. blend bawang putih, bawang merah dan halia.
2. panaskan minyak. masukkan bunga cengkih. lepas naik bau, masukkan bahan2 nombor 1. biarkan sampai naik bau dan masukkan serbuk lada putih.
3. masukkan cili padi yang telah dihiris. dan diikuti kicap.
4. masukkan ayam dan tutup kuali / periuk seketika sehingga tumisan kelihatan berair.
5. jika ayam kelihatan sedikit kering masukkan sedikit air.
6. masukkan sos cili dan kacau rata.
7. masukkan daun kari dan diiringi lada merah + hijau yang telah dihiris.
8. masukkan bawang besar yang telah dihiris bulat dan diikuti kentang dan tomato (potongan wedges).
9. masukkan garam dan biarkan seketika sebelum api dipadamkan.
selamat memasak!
masak time berjerebu... tu sebab jadi macam ni... ahaks!
(open order COD KL / Selangor. sila PM nombor di atas 24/7)