✿...السلام عليكم✿
Masa kecik2 dulu, sejujurnya anies tak tahu apa fungsi 'dadih' ni. ye laa... kite main belasah je kalau dapat makan. lama kelamaan, baru laa faham... rupanya, nak seragamkan rasa kuih. manis (inti), tawar (tepung) dan masin (dadih).
tapi, tak semua dadih kuih koci yang anies beli kat luar tu, sama semuanya. ada tu, tak ada rasa langsung. cuma rasa santan je. lepas tu, walaupun ada dadih, kuih koci still melekat kat daun. mmm... pelik! ye lah... bukan ke dadih tu sendiri dah berminyak... masakan kuih boleh melekat kat daun?
bila dah buat 'kajian' (ye ye je) sket... barulah anies faham why and why and why... ada kuih koci yang sedap and ada kuih koci yang so-so... semuanya bergantung kepada dadihnya!
so, untuk hari ni... anies share sket resepi dadih kuih koci ni... ni resepi turun temurun taw! mudah2an yu ols akan dapat kuih koci yang cantik menarik kau memang da bomb!
cekidaut!
bahan2:
pati santan (bukan santan kotak ya)
tepung gandum
garam
air
minyak masak
cara membuat:
1. didihkan pati santan (perahan pertama) di atas api yang kecil. pastikan sentiasa dikacau bagi mengelakkan pecah minyak.
2. campurkan tepung gandum dan air. jadikan ianya cair. dan apabila telah kelihatan minyak2 kecil di permukaan santan, masukkan campuran tepung-air sedikit demi sedikit dan kacau.
3. masukkan garam. pastikan dadih mempunyai rasa lemak-masin. (bukan sekadar rasa lemak sahaja)
4. masukkan minyak masak apabila dadih sudah bertukar warna (putih-kelabu).
5. padamkan api dan sejukkan seketika sebelum meneruskan proses membuat kuih koci.
Laaa... tak tahu ke? Tu haaa... yang warna putih tu laa yang dipanggil dadih. Bukan dadih yang korang makan dalam bekas plastik tu ye... ;)
(open order COD KL / Selangor. sila PM nombor di atas 24/7)