✿...السلام عليكم✿
First of all, terima kasih daun keladi kepada Wani, Ayub and family kerana sudi mengajak anies untuk menonton filem fantasi ni.
selain daripada kami yang menonton filem ni, ada sebahagian besar staf2 dari pejabat Menteri Pertahanan yang turut hadir bersama ahli2 keluarga mereka. so, kira ni macam 'family day' kecil-kecilan giteww...
okey, meh anies share sikit pasal PAN ni:
mengisahkan seorang anak yatim bernama Peter yang ditinggalkan oleh ibunya ketika masih kecil. Peter kemudiannya dibesarkan di sebuah rumah kebajikan yang dikelolakan oleh sekumpulan biarawati. namun, Peter tidak begitu menggemari ketua biarawati di situ kerana sikapnya yang bengis, garang dan kedekut.
pada suatu malam, sewaktu sedang tidur, Peter dan rakan-rakannya telah diculik oleh sekumpulan lanun. kumpulan lanun itu membawa mereka ke sebuah tempat yang diberi nama Neverland. Neverland bukan sebuah tempat yang indah. ianya merupakan sebuah lombong yang mana, mereka yang diculik akan dipaksa bekerja buruh. Peter tidak menyukai Neverland dan sedaya upaya melarikan diri dari Neverland semata-mata untuk mencari ibunya. Smee, antara individu yang berjaya membantunya untuk melarikan diri rupa-rupanya telah membelot.
dapatkah Peter menemui ibunya? atau cerita tentang ibunya yang didengari selama ini hanya cerita palsu?
Pan telah pun berada di pawagam seluruh tanah air pada awal bulan ni. so, kalau ada masa, boleh laa yu ols bawa anak2 layan movie ni. ada unsur2 fantasi tapi masih mengekalkan sisi2 positif iaitu berkasih sayang.
pertama kali tengok kat Cathay Cineplax @ E-Curve. boleh tahan selesa juga laa panggungnya. luas dan kedudukan tempat duduknya agak tinggi.
pintu masuk.
selain dapat tengok movie free, kami juga dapat sekotak pop corn dan minuman ringan. mmm jenuh jugak nak menghabiskan sekotak pop corn tu... kenyang ya amat!
sementara menunggu Wani sampai, layan sekejap car show kat tingkat bawah E-Curve ni...
last but not least, thanks a lot to blogger Sal. dah 2 minggu benda ni berada kat tangan... nanti pi Aussie lagi, jangan lupa cheq kat sini nooo...
(open order COD KL/Selangor. sila PM nombor di atas 24/7)