...السلام عليكم
Sebut je nama Afdlin Syauki, rasanya ramai yang mengenali beliau sebagai seorang pengarah, pelakon, penyanyi, pelawak, penulis lirik dan juga seorang sukarelawan.
kini, Afdlin melangkah setapak lagi dalam karier beliau iaitu sebagai seorang pengarang dan juga editor.
menerusi syarikat beliau Vision Works, Afdlin tampil dengan komik terbaharu yang diberi nama 'Boboi'.
nama Boboi mungkin diambil sempena kolaborasi beliau bersama Harun Salim Bachik dalam Maharaja Lawak Mega.
jangan terkeliru pulak dengan komik Boboboi ye!
menurut Afdlin ketika anies menghadiri Seminar Hidup Luar Biasa 2013anjuran Dr. Azizan Osman beberapa hari yang lepas, beliau menghasilkan komik ni kerana berpendapat anak2 sekarang sudah jarang membaca.
mereka lebih banyak membaca menerusi online.
jadi untuk mewujudkan budaya membaca tu, agak sukar lebih2 lagi sekiranya ibu bapa mereka sendiri terdiri daripada golongan yang 'tak suka membaca'.
selain itu, penerbitan komik ni juga bertujuan untuk merangsang semula tabiat membaca, tak kiralah dari golongan kanak2 mahu pun dewasa.
mungkin kita dah familiar dengan majalah humor seperti Gila-Gila, Ujang etc, jadi apa kata kita cuba cari kelainan menerusi komik pertama keluaran syarikat Afdlin ni.

manakala kartunis2 yang terlibat pula terdiri daripada kartunis yang telah mencipta nama sebelum ini.
selain komik, turut diselitkankan adalah pelbagai nasihat, movtivasi serta pengajaran2 berguna lagi santai yang boleh diambil sebagai panduan.
harga: RM7.90
tebal: 100 muka surat.
warna: 4 colours
kertas: comic paper
binding: pin binding
FB: Afdlin Syauki
:: entry ni tak ditaja oleh sesiapa pun ;-)