Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Dari PWTC ke MAEPS, Serdang

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

Rasa2 boleh tangkap tak apa maksud title kat atas ni? tak dapat? tak pe... it's okey... ;-)

sebenarnya, ianya suatu berita yang kurang best khususnya kepada pengunjung2 tetap PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (PBAKL).

then you get the point?

mulai tahun hadapan, PBAKL akan BERPINDAH ke MAEPS, Serdang. ni bukan rumours ya tapi kenyataan!

bagi yang tak tahu, MAEPS adalah tapak utama di mana MAHA (Malaysia AgricultureHorticulture & Agrotourism) berlangsung pada setiap 2 tahun tu.

jadinya, bagi yu ols yang dah selalu ke PWTC saban tahun untuk memborong buku, makanya mulai tahun hadapan, bersiap sedialah untuk menapak ke MAEPS.

kenapa tak buat kat PWTC lagi?

khabarnya, ruang yang disediakan di PWTC tidak cukup untuk menampung pempamer yang sentiasa bertambah saban tahun. berbanding dewan di MAEPS yang agak luas serta kemudahan meletak kenderaan yang banyak, jadi pihak yang bertanggungjawab berasakan bahawa kekurangan yang ditampung oleh PWTC selama ini boleh diambil alih oleh MAEPS. ini sekaligus akan memberi keselesaan kepada para pengunjung dan pempamer as well.

so, sebagai percubaan awal, pihak MABOPA (pihak yang bertanggungjawab ke atas PBAKL) akan mengadakan YEAR END SALE (YES) kat MAEPS. kalau tak silap pada 21- 22 November ni. kalau tiada sambutan atau banyak kesulitan yang dihadapi, barangkali PBAKL akan terus kekal di lubuk asalnya - PWTC.

p/s nak kekal kat PWTC sebab dah serasi... ;-(

gambar lama @ PWTC


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Trending Articles