✿...السلام عليكم✿
Hari tu, anies ada beritahu bahawa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) akan berpindah dari lubuk asalnya, PWTC ke MAEPS Serdang mulai tahun hadapan. so, ada sedikit pembetulan kat sini.
pertukaran tempat ini disebabkan tiada tarikh khusus untuk melangsungkan PBAKL. ini kerana tarikh yang lazimnya digunakan oleh pihak bertanggungjawab telah diisi dengan program yang lain. disebabkan itu, mahu tak mahu, pihak terbabit terpaksa memindahkan lokasi PBAKL ke tempat lain.
mungkin ada yang tak tahu, kalau nak booked apa2 event kat PWTC ni, kena buat awal2. paling tidak setahun sebelum event berlangsung. kalau sebelum dua baru nak booked, alamatnya gigit jari laa...
okey, kita masuk topik yang sebenar... ni just nak war2 kan kepada yu ols yang tak ada rancangan lagi untuk ke mana2 sempena cuti sekolah yang bakal menjelma.
kalau ada kelapangan, boleh laa bawa anak2 or family ke sini. daripada buang masa buat benda yang tak berfaedah, sekurang2 nya mereka boleh menambah ilmu.
teringat anies pesanan seseorang. biar rugi membeli buku kerana ilmu di dalamnya tak kan surut sampai bila2. so, bila yu ols belikan buku untuk anak2 or untuk sesiapa sahaja, jangan ada rasa ralat / kedekut walaupun buku tersebut berharga RM1. siapa tahu, kerana buku tersebut, bukan sahaja anda dapat pahala, malah ilmu yang baik yang disampaikan dalam buku tersebut akan menjadi bekalan di hari kemudian.
okey laa... melalut dah ni... sesiapa yang datang nanti... jom kita dating!
tu je... daa....