Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Adakah orang Yahudi mempunyai hak terhadap Palestin dari sudut agama?

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

Orang Yahudi mengatakan mereka berhak terhadap bumi Palestin berdasarkan faktor sejarah Nabi Ibrahim AS, Nabi Ishak AS dan Nabi Yaakub AS, yang merupakan sebahagian daripada keturunan mereka.

Perlu dijelaskan bahawa Nabi Ibrahim AS meninggal dunia pada usia 175 tahun, Nabi Ishak meninggal dunia pada usia 180 tahun dan Nabi Yaakub AS meninggal dunia tidak lama selepas itu. Ini adalah fakta daripada kitab Tauratyang dipegang oleh mereka.

Perlu dijelaskan bahawa pada asasnya mereka tidak memiliki tanah di bumi Palestin. Mereka datang ke Palestin sebagai orang asing dan perantau. Apabila Siti Sarah meninggal dunia, Nabi Ibrahim AS tiada tanah untuk mengebumikan jenazah Siti Sarah, lalu Nabi Ibrahim AS memohon daripada seorang penduduk Palestin untuk memberikannya tempat untuk dijadikan kubur. Orang Palestin ini memberikan tempat di sebuah gua yang bernama al-Makfila. Tanah tersebut diberi secara percuma kepada Nabi Ibrahim AS tetapi Nabi Ibrahim AS menolaknya kecuali melalui urusan jual beli. Oleh yang demikian, fakta ini jelas membuktikan bahawa Nabi Ibrahim AS tidak mempunyai tanah di Palestin!

Selain itu, sirah juga menjelaskan bahawa, semasa hidupnya Nabi Ibrahim AS telah membawa anaknya, Nabi Ishak AS dan cucunya, Nabi Yaakub AS ke Mesir semasa Nabi Yusuf AS berada di sana. Ini boleh dilihat menerusi firman-Nya dalam surah Yusuf, ayat 93; yang bermaksud:

“Pergilah kamu dengan membawa bajuku ini, lalu usapkan ke wajah ayahku, nanti dia akan melihat kembali.”

Berdasarkan kitab Taurat, Nabi Yaakub AS serta keturunannya datang dan tinggal di Mesir selama 430 tahun!

Fakta yang lain pula mengatakan bahawa Nabi Ibrahim AS dan Nabi Yaakub AS sebenarnya datang dri Iraq tetapi tinggal di Palestin selama 230 tahun. Mereka mengembala kambing dan unta. Ini terbukti ketika mereka bertemu dengan Raja Mesir, mereka mengatakan, Kami ialah pengembala.

Petikan daripada buku ini, m/s 34 - 36.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Trending Articles