✿...السلام عليكم✿
Sinopsis:
si bongkok yang tidak bernama tinggal dan bekerja di sebuah sarkis di bandaraya London. Meskipun fizikalnya kelihatan seperti seorang OKU, namun si bongkok mempunyai akal yang cerdas. Dia sangat meminati bidang anatomi manusia dan sering menghabiskan masa dengan menelaah buku2 fizik dan biologi meskipun ditertawakan oleh rakan-rakannya.
Satu insiden berlaku di sarkis telah menemukan si bongkok dengan Victor Frankenstein. Victor mengagumi kepandaian dan ilmu yang dimiliki si bongkok dan dari situ, bermulalah kehidupan si bongkok dengan rakan barunya. Dia diberi nama Igor Strausman.
Kehidupan sebagai Igor bukan seindah yang disangka. Rupa-rupanya Victor mempunyai rancangan di sebalik usahanya ‘menyelamatkan’Igor dari ‘neraka’ sarkis.
Victor, seorang pelajar perubatan begitu tegar untuk menghasilkan idea-idea gila dan Igor, meskipun tanpa rela, terpaksa mengikut kata-kata Victor kerana berasa terhutang budi terhadapnya.
Disebabkan satu peristiwa, Igor mengambil keputusan untuk tidak mempedulikan Victor. Apakah yang dilakukan oleh Igor selepas ketiadaan Victor? Berjayakah Vicor dengan idea gilanya tanpa bantuan Igor?
My review:
pada mulanya anies sangkakan filem ni macam filem hantu. Tapi rupanya ada unsur2 ‘sains dan fizik’di mana mereka cuba mengenengahkan kehebatan sains melebihi segala-galanya. Dari segi jalan ceritanya, ada part yang boleh difahami maksudnya dan ada sebahagian yang lain, seolah-olah membuatkan penonton terpaksa berfikir untuk mengaitkan plot A dengan plot B. dari segi lakonan pula, kedua-dua pelakon utama, Daniel Radcliffe (Igor) dan James McAvoy (Victor) memberikan lakonan yang baik. Cuma watak Victor tu agak kurang sesuai untuk dijadikan sebagai pelajar kolej. Kalau sebagai pensyarah kolej perubatan baru kena kot! (sebab nampak tua – bukan student – haha). pastu, di babak2 terakhir, ada 1 'monster' ciptaan Victor dan 'monster' tu sebijik macam the Grimms, dalam cerita Fantastic Four ;-)
Dari 5*****, anies beri 3 1/2 ***. Filem ini akan menerjah wayang seluruh tanahair bermula hari ini!
Terima ksih kepada pihak Nuffnang kerana sudi memilih anies untuk menghadiri #NNPremiereScreening filem ni.
Victor dan Igor sedang berusaha untuk membunuh 'monster'. credit.
Victor sedang membuat lakaran ciptaan terbaharunya. credit.
makan malam bersama. credit.
official trailer
isi minyak sebelum masuk wayang ;-)
p/s terima kasih kepada kawan2 yang sudi mendoakan kesihatan anies. Alhamdulillah, hari ni dah kurang sikit sakitnya. Tapi ‘bengkak’tu masih ada lagi. insya-Allah, petang nanti baru BW. sabaq noo...