✿...السلام عليكم✿
Ada sesetengah company / tempat kerja, mereka ada mengeluarkan policy untuk tidak membenarkan pekerja mereka berniaga atau menjalankan sebarang urusniaga tanpa kebenaran / kebenaran bertulis selagi mereka berada di dalam premis terbabit.
tapi, rasanya ramai je yang tak ambil pusing pasal policy ni sebab bagi mereka, selagi ianya tak menjejaskan kualiti kerja, ia bukan satu kesalahan besar.
pandangan anies sendiri, seharusnya policy tersebut harus diubah memandangkan keadaan ekonomi yang kita alami sekarang. selagi staf yang berniaga tu tidak melanggar etika / mengganggu tugasan, ianya masih dibolehkan / diteruskan tetapi dengan bersyarat.
kalau setakat nak jual tudung, barangan tupperware, promote insurans + unit trust, jual kerepek termasuk kuih raya tu, rasanya tidak laa sampai memudaratkan prestasi kerja... ye dok?
tapi kalau dah berniaga tu sampai tak datang kerja, ponteng memanjang or pagi ada petang lesap, maka policy tersebut bukan takat ubah je, malah perlu diharamkan terus untuk berniaga ;-)
rasanya ramai kalangan blogger yang bekerja ada buat bisnes kecik2 macam ni kan? and i'm not an exception to this case. berniaga pun sekadar nak bantu sesama kita. bukan sebab nak cepat kaya ;-)
bak kata Dr. Azizan, di mana ada masalah di situ ada peluang.
contohnya, member nak barangan tupperware, so kita tolong belikan (penuhi keinginannya). kita dapat laa sedikit komisyen. walaupun tak banyak, sekurang2nya ada laa sikit extra income untuk bulan tersebut kan... daripada mengharapkan RM2.6B tu jatuh bergolek2 ke dalam akaun sendiri... entah bila agaknya keennn... ;-)
tak kan laa nak berniaga sampai macam ni kat opis kan... apa ko ingat opis tu bapak ko yang punya? ngeh ngeh ngeh
well, pandangan yu ols macam mana pulak?
p/s thanks to blogger cik Ash kerana 'meletupkan' kotak komen semalam ;-)