Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Daging burger homemade

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

Entry hari ni ada kaitan dengan apa yang kami buat semalam.

So, sesapa yang nak try buat daging burger homemade ni, hari ni sukacitanya anies nak share resepinya.

Insya allah, dijamin sedap. Eh, ni bukan anies yang self acclaimed ya... tapi opismet yang cakap  ;)

btw, sukatan resepi yang anies share ni boleh dimakan kira2 untuk 15 orang.

so, cekidaut!

Bahan2:

3 bungkus daging cincang (jenama Ramly)
2 ulas bawang besar Holland
6 ulas bawang putih
6 sudu besar serbuk roti
2 biji telur
2 sudu besar seasoning
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk lada sulah
2 sudu besar tepung ubi
1 sudu besar garam halus


Cara membuat:

1. Hancurkan daging yang telah defrost.

2. Masukkan bawang besar dan bawang putih yang telah dicincang halus. Gaulkan.

3 . Masukkan serbuk lada hitam, serbuk lada sulah, seasoning, garam halus, serbuk roti dan tepung  ubi. Gaul rata.

4. Masukkan telur dan gaul lagi sehingga daging boleh dibentuk. sekiranya adunan kelihatan 'lembik', tambahkan serbuk roti.

:: Untuk mendapatkan daging burger yang sedap dan berbau wangi, perapkan adunan di atas lebih kurang 2 - 4 jam.

:: bentukkan daging burger mengikut kesukaan.

:: Goreng / panggang di atas api yang sederhana. Sebelum diangkat, renjiskan dengan serbuk lada hitam dan seasoning.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Trending Articles