✿...السلام عليكم✿
Sebenarnya tak ada apa2 tujuan pun datang ke sini. Sekadar nak tengok2 gelagat manusia yang suka membeli belah ni esp dalam keadaan ekonomi yang tak berasa nak sedap ni.
Orang Malaysia ni kan 'pantang' kalau ada sale. So, meneru laa yang datang dan membanjiri aras 3 dan 4 PWTC ni.
Bila sampai kat sini, anies tengok keadaannya tak laa sesesak mana pun. Masih boleh berjalan lagi walaupun berhimpit kat lorong masuk dewan.
Dari 1 booth ke 1 booth, para pempamer ligat mempromosikan produk masing2. Kebanyakkannya produk2 yang sebelum ni dijual secara online, so kat sini kita boleh tengok kat depan mata. Tak risau laa tentang defect ke, tercarik ke etc.
Kat sini, bukan setakat baju, shawl, jubah, tudung je yang dijual. Barang2 makanan macam cookies, yogurt, cake, kuih muih, sambal kering pun ada dijual.
Tak ketinggalan, novel2, minyak wangi, accessories wanita... dan banyak lagi... boleh didapati dengan harga mampu milik... Wahhh ayat da macam promoter Mood Republik pulak ;)
selebriti2 tempatan juga ada yang ambil bahagian seperti Fynn Jamal, Neelofa, Adam Corie (masa anies lalu kat booth, dia ada kat situ tengah layan customer), Ella, Emma Maembong, Afdlin Syauki etc. tapi diorang tak ada pun kat booth. bagi yang datang, kalau bernasib baik, jumpa laa...
masa tengah turun tangga, nampak booth milik blogger Irine Nadia (Fiska). jengah2 juga kat situ mana laa tau tetiba dia ada kat situ ;-)
Cala Qisya... antara jenama yang tak perlu diperkenalkan lagi. sesak ooo masa lalu kat sini...
sapa laa pembeli bertuah yang dapat kereta hensem ni... perrghh...
Okey laa.. tu je yang nak dibebelkan. mata dok melilau tengok barang2 yang dijual. Belinya tak pun. Sebabnya mood nak membeli tu, tak sampai lagi. Bukan sebab gaji tapi barang yang berkenan tak ada kat Y.E.S ni... mmmm..
btw, next KL Raya Fest adalah pada 16-17 Jun 2016! jom serbu!
mem besar ada meeting buku teks. malam baru BW ;-)