Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Sebelum berhenti kerja...

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

Tidak dinafikan, tekanan di tempat kerja yang berterusan membuatkan seseorang 'give up' dan rasa ingin berhenti kerja.

Dalam fikiran mereka mungkin terdetik, "jika aku berterusan begini dan prestasi aku merudum, baik aku berhenti kerja!"

Bagi yang benar2 nekad, mereka tak fikir panjang. Esok, datang office terus beri notis berhenti 24 jam.

Tapi, adakah tindakan ini betul?

Dari segi undang2, ya... ianya tak salah. Tapi, dari segi tindakan, ya... ianya memang salah!

Mengapa? Sila jawab soalan2 berikut:

Pertama, sebelum berhenti, adakah anda sudah mempunyai pekerjaan lain seperti berniaga kecil-kecilan?

Kedua, adakah anda mempunyai simpanan lebih kurang RM10k sebelum berhenti kerja?

Ketiga, adakah anda merupakan anak orang berada?

Keempat, adakah anda boleh survived selama 2 bulan tanpa duit?

Kelima, duit bukan keutamaan anda. Yang penting, anda tak stress dan tidak dikongkong.

Jika semua jawapan anda adalah YA, maka anda memang layak untuk berhenti kerja.

Jika TIDAK jawapan anda, maka fikir2kanlah semasak-masaknya sebelum berhenti kerja.

Ingatlah, kat luar sana ramai yang menganggur walaupun ada Masters!



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Trending Articles