✿...السلام عليكم✿
Zaman layan Thai lakorn (drama Thai) ni dah lama berlalu. Kalau dulu, tiap2 petang mesti menebeng depan tv tunggu hero hensem and heroin cantikberaksi. Lepas tu, bila drama Korea ambil alih, Thai lakorn terus dilupakan... ;)
Bebaru ni, lepak2 sambil layan tenet, entah macam mana terbuka hati nak tengok Thai lakorn ni. Cari punya cari, terjumpa laa drama yang diterbitkan pada tahun 2013 ni.
Pelakon2nya memang sorang pun anies tak kenal. So, layan laa sekejap 2-3 episod.
Masuk episod ke 8, dah tak boleh stop. Argghhh... drama Thai ni macam ni laa... klimaks cerita kat episod tengah2. Aduiii... tak cukup kat rumah, lepas kerja sambung tengok. Ekekeke...
Thiti (lakonan Toomtham Yuthana) jatuh cinta dengan Gaandawasi (sebenarnya Gaandamani - lakonan Vill Wannarot Sonthichai) sewaktu mereka berada di Prajuap. Tanpa diduga, Gaandawasi meninggalkan Thiti tanpa pesan dan menghilang selama setahun.
Selepas setahun, Thiti bertemu semula dengan cintanya, Gaandawasi (yang sebenar). Malangnya, Gaandawasi tidak mengenali siapa Thiti.
Beberapa peristiwa berlaku, akhirnya Thiti dan Gaandawasi berkahwin. Tidak lama kemudian, muncul seorang perempuan mirip Gaandawasi dan memperkenalkan dirinya sebagai Gaandamani.
Gaandamani memberitahu Thiti bahawa dia terpaksa menggunakan identiti Gaandawasi ketika mereka bertemu di Prajuap atas sebab2 tertentu dan meninggalkannya tanpa pesan kerana masalah keluarga. Thiti yang mula jatuh cinta demgan isterinya, Gaandawasi berasa serba salah dengan kehadiran cinta pertamanya itu.
Banyak konflik yang berlaku hingga menyebabkan ramai yang terbunuh dan terkorban di tangan saudara kembar seiras ini.
Siapa sebenarnya dalang disebalik pembunuhan ini? Siapakah yang akhirnya menjadi pilihan Khun Thiti? Gaandamani or Gaandawasi?
Gaandamani (kiri) dan Gaandawasi. kedua2 watak ini dilakonkan oleh pelakon yang sama iaitu Vill Wannarot Sonthichai. credit.
Dari 5 bintang, anies beri 4 1/2 bintang. Cerita ni bukan setakat best, tapi disebabkan non stop conflict menjadikan kita tertanya2 apa yang terjadi selepas itu.
Lakonan Vill sebagai Gaandamani dan Gaandawasi memang superb. Tambah pulak View ni...alahaiii... cantiknya dia... dia ni bukan mix ye...dia anak jati Thai. Boleh tengok kat SINI.. Orangnya pun muda lagi.
Heronya pun boleh tahan hensem. Cuma lakonannya kurang mantap pada awalnya dan di akhir2 episod barulah terserlah ‘bakat’ lakonannya.
Pelakong supporting pun hebat2 belaka. Tapi paling anies suka, bapa kepada Gaandamani dan Gaandawasi. Khun Wisaet. Dan tua pun hensem hahahaha…
Well, kalau yu ols nak layan lakorn ni, boleh klik kat SINI. Don’t worry, lakorn ni ada subtitle. Insya Allah, English yang digunakan masih boleh difahami (ada sesetengah drama / movie, subtitle nyer…alahai… macam nak baca buku sastera Inggeris!) lebih lanjut pasal drama ni, klik kat SINI.
Okey tu je untuk hari ni. Selamat menonton!