Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

HCM, Vietnam : primer episodio

$
0
0
✿...السلام عليكم✿



Waduuhhhh... Dah laa lama tak menjengukkan muka, batang hidung dan lesung pipit tetiba up cerita pasal gi Vietnam. Hahaha nampak sangat bila ada mood best baru nak bercerita kan? Kan?

Tu laa namanya mem besar mood dia bukan sahaja dah ke laut malah ke petala langit ke tujuh gitewww

Okey laa balik kepada tajuk sebenarnya ke HCM ni tak dirancang pun. diulangi: tak rancang pun!

Tetiba suatu hari tu ada laa 2 hamba Allah tuuu (u know who u r) sesibuk dok mewasap kite time tengah keje beria-ria sampai berguling2 atas lantai dok mengajak kite ke HCM. Ishhh geram pulak kite dibuatnya! Kot ye pun sampai tak menyempat2. Beri laa kite ni masa nak memikir ekekeke

Akhirnya selepas tamat sesi hasut menghasut ugut mengugut dan siap ada acu pisau kat leher (nak nampak dramatic) maka kite pun setuju laa uh!!! Apa lagi, melompat bintang laa 2 makhluk yang bernama manusia tu

Then, pejam celik pejam celik tinggal sehari je sebelum berlepas masa tu laa semuanya tak kena. Dah masuk barang dalam beg, keluarkan semula. Itu je laa kerjanya sampai kol 3 pagi hahaha tapi ni bukan kes mem besar ya! Ni kes orang yang duduk selatan Zimbabwe tu ;-)

FYI, kamiorang pergi berenam. Ya! Bkan sorang, bukan dua orang bukan tiga orang tapi enam orang. Semuanya pompuan! Hah! Tengok berani ke tak berani tu! Hehehe berani sekejap je tengok laa nanti dah sampai HCM

Kami berlepas dari sini. Direct flight sampai laa ke Tan Son Nhat International Airport. Alhamdulillah, perjalanan selama 1 jam 40 minit smooth je. 

Cuaca pun baik. View Vietnam beberapa minit sebelum mendarat.

Kami sampai lebih kurang pukul 1.30 petang waktu HCM. Selesai urusan imegresen, kami terus keluar cari tour guide 

Hah, kat sini laa bermulanya sifat kami yang tak berapa nak berani tu ekekeke

van yang besar gedabak ni laa yang kami naik sepanjang berada di HCM. best dan selesa. ada wi-fi tapi wi-fi hidup segan mati tak mahu... mmmm...


Okey apa yang terjadi pada kami lepas tu?
Tungguuu.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Trending Articles