✿...السلام عليكم✿
Okey, meh sambung semula cerita kat HCM.
HCM part 1
HCM part 2
sila laa klik tanpa was-was okey!
entry kali ni, nak share pasal hotel laa... since hotel ni di booked sama2 dengan tix flight, harap2 dengan entry ni, sapa2 yang 1st time ke HCM and 'ter booked' hotel ni, boleh laa buat panduan sket2...
kata tour guide, bila kami beritahu tentang lokasi hotel ni, dia cakap area ni selalunya jadi tumpuan mat saleh.
memang betul! bila kami balik hotel, memang terjumpa ramai laa mat saleh jalan2 kat area ni. tapi sepanjang kami stay kat hotel ni, tak de laa pulak jumpa orang mabuk ke or something else... okey je...
mungkin sebab kurang familiar, masa nak cari hotel ni, tour guide kami tu pening laa sket...
hotel ni terletak di sebelah belakang bangunan. means, ianya tidak menghadap jalan utama. so kena laa menapak sket lepas turun dari kenderaan.
lagi satu, ianya agak jauh sikit dari Ben Thant Market. jauh sangat tu tak ada laa... boleh je jalan kaki.lebih kurang 1.5KM je jaraknya.
okey, moh laa tengok keadaan hotel ni.
view dari hadapan hotel. kalau tak silap, ada 4 tingkat. sorry tak ada lift. kena naik tangga ;-)
bangunan hotel. pic ni daripada Farah kot... lupa... ada bilik yang mempunyai balkoni...
ni bilik anies dan nina sepanjang 3 hari kat HCM. nak kata besar tak sangat. nak kata kecik pun... tak laa kecik sangat. boleh laa kalau nak berguling2 atas lantai (apa kejadah nak berguling atas lantai kannn)
kemudahan lain? okey, ada Wi-Fi, air cord, locker, safety locker... dan barang2 yang korang nampak dalam pic di atas... oh, ya! plus bilik ni bersih and kami puas hati dengan tahap kebersihannya.
tandas yang bersih! i looiikkeee! ada heater, shower and of coz, ada toiletries ;-)
apa lagi ek pasal hotel ni?
oh ya... receptionist 24 hours. make sure, sebelum korang keluar jalan2, ambil name card hotel daripada receptionist tu. so, kalau2 korang naik 'teksi kerajaan', korang beri je name card tu and driver akan bawa korang ke hotel tersebut. sebabnya, driver teksi kat sana tak fasih / faham English. BM apatah lagi....
oh ya, hotel ni juga provide breakfast. tu pun kalau korang masukkan dalam pakej laa... breakfast ni halal ke tak, sorry, anies tak tau ;-) sebab kitorang makan kat luar.
lagi satu, tinggalkan kunci kat receptionist bila nak keluar. untuk apa? untuk keselamatan kot! kami ikut je... tapi bagus juga sebab kalau hilang mana nak cekau kunci oiii...
okey tu je.... sori, pic tak banyak... mungkin nanti kalau nina up entry, dia akan attach pic2 hotel ni banyak2...agak nyer laa... ;-)
kalau ada soalan tentang hotel ni, drop je kat ruangan komen ek!
daaa...