✿...السلام عليكم✿
Alkisah...
cerita makan2 ni berlaku masa cuti Nuzul Quran tempoh hari...
terima kasih kak pah... terima kasih jaa (i know u'r reading this entry) terima kasih kawan2 kerana sudi menjemput insan marhaen ni berbuka kat sini... alhamdulillah kenyang ya amat sampai laa saat mengayuh beskal ;-)
hotel ni terletak dalam area Chow Kit / Kampung Baru. so, kalau2 yu ols bercadang nak beriftar kat sini (tahun depan - kalau panjang umur), make sure cari jalan alternatif sebab jalan kat area Kampung Baru - jammed! mungkin sebab ada pengagihan bubur lambuk kot!
well, ni je laa pic yang sempat di snap... maaf laa ye... kamera hp murah cam ni laa kualiti gambarnya...
cekidaut!
pengunjung hari tu memang ramai. almaklum laa cuti umum... stall makanan kat sini banyak sampai tak tau nak pilih...
ni juadah kami sebelum solat Maghrib... penuh semeja sampai nak tambah meja satu lagi hahaha...
surau yang kecil tapi selesa. ruang solat untuk lelaki dan pompuan dipisahkan. tempat ambil wuduk dan tandas juga diasingkan...
boleh nampak ke harga menu tu? memang agak mahal tapi berbaloi sebab semuanya sedap2 belaka...
sementara menanti azan Maghrib berkumandang, pelajar tahfiz dari skeolah berdekatan mengalunkan ayat2 suci al-Quran... satu kelainan yang ditampilkan oleh pihak hotel... thumbs up!
apa yang pemes tentang bufet kat hotel ni? hah.. ni laa yang pemes nyer... kalau tak silap lebih 50 jenis kerabu ada kat sini!! lepas Maghrib, separuh daripada kerabu ni licin licau!!
lagi satu, ada ikan bakar. yang ni tak smepat nak rembat sebab cepat nau dah habis...
lepas bertarawih kat surau hotel dan 'bermoreh' pastu, kami plan nak lepak2 lagi... memula nak pergi taman KLCC tapi rasa macam jauh sangat. last2 ke Taman Tasik Tititwangsa...
btw... terima kasih semua...
kalau ada rezeki lagi, kita berbuka kat sini ya!
tak puas laa dapat makan kerabu sikit je... haha..
suasana malam kat sini dah bertambah meriah. basikal2 ni untuk di sewa. selain tu ada juga roller blade, motor elektrik etc.
kereta control untuk budak2 pun ada...
kami sewa basikal 3 seater. susah ooo nak handle basikal ni at first. berat satu hal... tak biasa pun satu hal hahaha... SEWA 2 jam untuk 2 basikal kalau tak silap RM50
btw... terima kasih semua...
kalau ada rezeki lagi, kita berbuka kat sini ya!
tak puas laa dapat makan kerabu sikit je... haha..