✿...السلام عليكم✿
Bersambung dari SINI.
awal pagi, lebih kurang pukul 3 kami dah bangun. kami kena bersiap-siap dan drop luggage sebab kami cuma nak bawa sebahagian je. nanti balik ke London baru kami ambil luggage semula.
jam berjalan terlalu pantas. sedar2 je dah pukul 6 pagi. kami mula berkira2 nak naik teksi je ke St. Pancras sebab nak kejar masa. harap2 masa ni jalan smooth. kami boleh je nak naik Tube tapi memandangkan nanti kami terpaksa tukar platform dan Tube, jadi jalan terbaiknya adalah naik teksi. plus, luggage yang kami angkut ni pun boleh tahan berat juga laaa. (ko bawa batu ke anies?😂)
kami naik teksi ni... otomatik anies teringat Mr. Bean. 😂😂😂... merasa juga naik teksi ni... sepanjang jalan, kami sempat berbual2 dengan driver teksi. orangnya dalam lingkungan 60an. dia cakap dia pernah sampai Malaysia. KL dan Langkawi. yang anies pulak siap cakap, kalau dia nak datang ke KL, contact laa anies. mana tau, anies boleh bantu sikit2 nanti. sudahnya, masa dah sampai St. Pancras (masa tu tinggal lebih kurang 1/2 jam je lagi), dia sempat lagi tanya anies macam2. arghh... kita dah lah kelam kabut ni, dia pulak banyak tanya. sudahnya anies beri je nombor telefon dan contact anies kalau betul nak datang KL. pastu terus blah! 😅😅
masuk je St. Pancras, hati sedikit cuak. bukan cuak pasal tiket, tapi cuak tengok kastam UK kat situ! hah... habis laa... dah laa kami ni dah lewat. kena pulak check kastam bagai... adoiii... honestly speaking, kami memang tak dapat apa2 info pasal kastam kat St. Pancras ni. lepas je redeem tiket, kami terus jalani prosedur kastam. scan bag, cop passport dan body checking. Alhamdulillah, selesai. terus kami cari platform dan terus naik train.
ni je laa yang sempat anies snap sebelum train berlepas. lebih kurang 10 minit kami masuk gerabak, train pun bergerak meninggalkan St. Pancras. bye2 London...
tiket train. kami dah beli awal2 yakni lebih kurang sebulan sebelum bertolak. kami beli direct kat laman web Eurostar. Kami juga ikut info yang mengatakan kalau beli tiket 1st train akan dapat harga murah laa sikit. Murah tak murah, ratus RM juga laa... tapi da tak de pilihan (pilihan lain ada. tapi masa adalah lebih berharga dalam keadaan macam ni) so boleh teka kami nak ke mana ni?😉😉
dek kerana tak sempat nak bersarapan, kami beli je kat kafe train.
memang betul cakap2 orang. selesa betul naik Eurostar ni. smooth je. macam tak terasa langsung yang kita tengah duduk kat dalam gerabak. masa lalu bawah Selat Inggeris pun kami tak perasan. almaklum laa... cuaca / keadaan kat luar gelap. tertanya2 juga laa... train ni dah masuk terowong bawah laut ke belum? nak juga tengok... tapi sampai ke sudah tak jumpa... bila dah nak sampai destinasi, baru laa nampak langit yang cerah. tu pun tak berapa nak cerah... macam nak hujan tapi bukan...
Alhamdulillah... lepas hampir 2 1/2 jam dalam train, kami pun sampai ke destinasi yang dituju. dada dah berdebar-debar. almaklum laa... 1st time jejak kaki ke sini dan takde sapa yang akan sambut kami macam kami tiba kat Heathrow. dan kat sini juga bermulalah 'drama' perjalanan kami. nak tau apa yang terjadi pada kami lepas ni? dan ke mana kami pergi?
tungguuuuuu....
to be continued...
daaaaa...