Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1684

Bruxelles | Manneken-Pis

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

Bersambung dari SINI.

entry hari ni kontot je... gambar pun 3, 4 ketui je sebab mem besar lebih teruja sebenarnya nak snap pasal benda yang ada berdekatan tugu budak kencing ni... nanti anies cerita yek on next entry.

oh, ya! sebenarnya, seingat anies laa... dari zaman sekolah rendah lagi anies dah 'kenal'Manneken-Pis (MP) ni. dulu, masa arwah mak cik masih hidup, dia selalu travel kerana tuntutan kerja. dan bila dia balik, pasti ada souvenir yang dibelikannya dan setiap souvenir tu, pastinya ada gambar2 dan salah satunya Manneken-Pis ni. dan arwah mak cik pun berceritalah gambar ni pasal apa, gambar tu berkaitan dengan apa dan... bla bla bla...

tapi, masa tu kite ni kan kecik lagi. dengar je laa... fahamnya tak... sebab tu, anies sangkakan yang MP ni berada kat negara Belanda. ni mungkin terjadi sebab kompius dengan cerita budak lelaki yang berjaya menyelamatkan Belanda daripada tenggelam menggunakan jarinya tu...

day by day... 'kepercayaan' tu kekal dalam kepala sampai laa suatu hari, barulah anies tahu yang MP ni sebenarnya terletak kat Belgium...

Alhamdulillah, bila dah sampai ke negara Simon Mignolet ni, maka haruslah panjangkan kaki ke MP ni. anies malas nak ceritakan pasal MP ni... tapi korang boleh laa korek2 ceritanya kat SINI ya!

tugu ni'melekat' kat dinding shop lot. memula ingatkan mende alah ni kat tengah2 junction... rupanya tak...

kalau nak tambah ilmu, silalah baca yek...

tak ada laa besar mana pun tugu ni... nak masuk or nak pegang memang sah2 tak boleh sebab dah berpagar...  depan tugu ni ada kolam kecik. anies tengok ada je yang gatal tangan dok lempar syiling... kalau korang lempar kat kocek anies ni kan lagi berfaedah! 😁😁😁

selpiaq laa seketui agar tak mengigau di malam hari... apakah??

dan yang ni, video untuk korang. kalau tengok kat hp okey je... gambar tak laa pecah2... entah kenapa dah masuk blog, kelabu asap laa pulak jadinya...


okey, tu je untuk hari ini. thanks 4 reading. have a great weekend dan... selamat berpuasa!

daaa


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1684

Trending Articles