✿...السلام عليكم✿
Hari tu anies ada kongsikan info tentang Korean Film Festival 2017 (boleh klik kat SINI). Hari ni pulak, anies nak share dengan korang pasal 18th European Union Film Festival 2017 (EUFF) yang bakal berlangsung dari 19 Oktober 2017 sampai 6 Disember 2017.
ni memang berita baik buat mereka2 yang dah jemu dan muntah hijaudengan filem2 Hollywood. Ye lah kan... tak habis2 dengan propaganda, tak habis2 dengan superhero underware merah, tak habis2 hero kena tembak tapi tak mati2 dsb. Jadi, moh ler kita layankan filem2 dari negara2 Eropah seperti Switzerland, Romania, Italy, UK dan sebagainya.
Jangan risau, filem2 ni ada subtitle English. Cuma ada part2 dari filem2 tersebut kena 'gunting' dengan FINAS sebabnya dah terlajak 18SX / PL / PG. Faham2 la yek!
Yang best pasal festival ni, korang boleh tengok secara PERCUMA, yaa... percuma... suka tak? Suka tak? Haaa... orang Malaysia ni kan suka benda2 percuma. Jadi, kalau korang nak tengok filem ni secara percuma, caranya sama macam Festival Filem Korea, print out article atau snapshot mana2 artikel berkaitan EUFF ni (blog ni tak termasuk ya) dan redeem di kaunter GCS. Seorang akan dapat 2 tiket. Tu je.
Dan lagi satu, filem ni juga ditayangkan di Pulau Pinang serta Sabah dan Sarawak tetapi cuma di selected cinemas je laa...
sebanyak 23 buah filem bakal ditayangkan dan sebahagian daripadanya pernah memenangi anugerah2 hebat seperti di Berlin International Film Festival selain tercalon dalam Oscar. antara filem2 yang bakal ditayangkan adalah:
-Happy 140 (Sepanyol)
-Fire At The Sea (Itali)
-Do You See Me? (Itali)
-Car Park (Hungary)
-Attenborough (UK)
-Giant Dinasour (UK)
-In Line for Anne Frank (Belanda)
so, kalau yu ols bercadang nak pergi dan nak dapatkan tiket free, apa kata jengah dulu website2berikut:
GSC Cinema
FB EUFF
EUFF.COM
so, enjoy your movie!
P/s Sal... jom tengok!