Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1682

#PremiereWithBudiey #BudieyDotCom #OnlyTheBrave

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

Berdasarkan kisah benar, filem ini menceritakan tentang sekumpulan penyelamat dan pemadam api yang telah berusaha sebaik mungkin untuk menghalang bencana di seluruh US terutamanya kebakaran hutan.

pada awalnya mereka hanyalah sebuah pasukan trainee yang diketuai Marsh (lakonan Josh Brolin). latihan demi latihan akhirnya mereka berjaya menempatkan diri sebagai pasukan penyelamat terbaik dan kemudiannya menamakan pasukan tersebut  sebagai Mountain Grinit Hot Shots.

based di Arizona, pasukan ini bagaikan satu keluarga besar. jadi bila mana ada masalah timbul, 'cubit peha kanan, paha kiri terasa'. itulah gambaran kekuatan dalaman pasukan ini.

kesibukan mereka merantau ke seluruh negara demi menyelamatkan nyawa wajar dipuji. namun siapa sangka, kebakaran hutan berdekatan dengan tempat tinggal mereka benar-benar menguji ketahanan fizikal dan mental mereka.

adakah mereka berjaya atau kecundang di penghujung perjuangan?

filem ini akan ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 2 NOVEMBER 2017.

macam biasa, dari 5 ⭐⭐⭐⭐⭐, anies bagi 3 1/2 ⭐⭐⭐.

anies tak berapa pandai nak review. tapi overall cerita ni memang best dan menghiburkan. tambah pula banyak elemen kekeluargaan biar pun tampak macam ada kepincangan, tapi still boleh diterima dan diperbaiki.

terima kasih kepada budiey.com atas 2 pass tayangan premiere ini... pada mulanya anies harapkan pass tayangan premiere Thor: Ragnarok yang juga berlangsung semalam, tapi dapat yang ni. tak pe laa... janji enjoy!

lobi GSC 1 Utama. sesak! pada masa yang sama juga, ada photobooth disediakan sempena tayangan premiere ni. siap ada uniform bomba lagi. nak feeling2 abam bomba no prob...

trailer. credit: youtube.com

so, selamat menonton!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1682

Trending Articles