✿...السلام عليكم✿
Waktu pagi, hari bekerja. antara dilema bagi seorang perempuan bertudung macam anies ni adalah, mencari kesesuaian tudung dengan baju yang nak dipakai. haa... kadang2 rasa macam berjam2 nak pilihhijabyang sesuai. bukan tak ada. ada. cuma tu laa... dah pegang tiba-tiba rasa macam tak kena. letak balik.
ada kala, tudung dah rasa macam okey tapi tak kena dengan baju. aduyai...
orang lelaki mungkin tak kan faham situasinya tapi... tulah orang perempuan. jadi tak mustahillah kalau ada yang mengatakan, "tak ada baju laa nak pakai hari ni...""tak ada tudunglah nak pakai hari ni..." padahal... baju je dah ada 2 almari. tu tak kira tudung, shawl, anak tudung etc. lagi!
aduyai...
jadinya, nak elak masalah yang sama berulang, akhirnya anies ketemui jalan penyelesaiannya. apa dia?
.
.
.
.
.
tadaaa... ni lah jalan penyelesaiannya!
seiring perkembangan teknologi, segalanya dah mudah. segalanya di hujung jari. dan pemilihan ZALORA sebagai portal membeli belah hijab terkini semestinya satu keperluan untuk mereka yang bertudung.
square scarf - masih mendapat tempat di hati. kepelbagaian jenis material dan corak sudah pasti membuatkan peminat square scarf tak senang duduk! (model menggayakan tudung dari jenama Naelofar Hijab)
shawl - boleh dianggap sebagai tudung pelbagai gaya. hanya dengan sehelai shawl, pelbagai cara pemakaian boleh digayakan. (model menggayakan tudung dari jenama UMMA)
instant scarf - masih diminati dan punya ramai peminat setia. seiring dengan perkembangan fesyen, isntant scarf juga terkena 'tempiasnya' seperti yang digayakan di atas. (model menggayakan tudung dari jenama Colverush)
mereka yang sukakan gaya ringkas tetapi masih mengekalkan keanggunan dan yang penting, menutup aurat.semestinya cotton scarf dari jenama Inspired Soul menjadi pilihan.
peminat Yuna? mahu bergaya seperti Yuna tapi tiada pilihan atau susah mencari turban yang menarik hati? jangan bimbang. ZALORA kan ada! (model menggayakan turban dari jenama Lubna)
tidak cukup dengan itu, di ZALORA juga anda boleh mendapatkan pilihan dan trend terkini anak tudung dan semestinya sesuai dipadankan dengan hijab anda!
bila dah pakai tudung, anak tudung mesti ada kan? di ZALORA, pelbagai jenis anak tudung boleh didapati dan smestinya banyak pilihan warna yang menjadi kesukaan!
so, macam mana kawan2? tergiur tak bila tengok seleksi yang ada ni?
macam mana nak beli? senang je. kawan2 klik je kat SINI.
jadi, selamat membeli belah di ZALORA!