Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Siem Reap, Cambodia: Ta Prom, 'pokok Angelina Jolie' + Sras Srang

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

Bersambung dari SINI.

selain Angkor Wat, ramai yang datang ke sini adalah kerana penangan filem Tomb Rider. tak dinafikan, lepas cerita ni ditayangkan ke seluruh dunia, jumlah pelancong ke Siem Reap meningkat berganda2. tambah pulak Angelina Jolie ada ambil anak angkat dari sini. maka, tak hairan laa kalau dah sampai sini, mana2 ceruk korang pergi, 'mat salih' is everywhere.

dari Ta Keo, kami ke Ta Prom (TP) dan untuk sampai ke TP ni, korang kena jalan sikit. bukan sikit. banyak sebenarnya. lagi satu, korang kena masuk pintu lain dan keluar pintu lain. jarak dia boleh tahan jauh juga laa... anies pun nyaris nak surrender sebab kepanasan dan sakit kaki. kelaparan pun ya.

tiba je kat TP ni, pelancong memang dah ramai. anies syak, diorang ke sini bukan nak tengok pun TP ni tapi sebab nak tengok pokok pemes tu.

TP ni tak sama macam monumen yang anies singgah sebelum ni. dalam banyak2 monumen, TP ni boleh dikatakan agak teruk juga laa kesan runtuhannya. tak berapa pasti, sama ada kerana dah terlalu lama atau sebab gempa bumi.

proses pemuliharaan TP ni pun banyak juga. ada kawasan yang kami tak boleh masuk. so tengok dari jauh je laa...

Salim turunkan kami kat sini... ni pintu masuk.

signboard TP

masih di area dekat pintu masuk...

kerjasama dengan kerajaan India untuk proses pemuliharaan TP...

tembok / pintu pagar TP

kena menapak lagi... belum sampai...

blogger nina jadi model tak berbayar sekejap bila dah sampai TP...

dinding TP... sama macam BCK...

memula, anies ingatkan yang tu pokok Angelina Jolie... tapi... bukan.... kena jalan lagi...

dah sampai pun main area TP... kalau nak (pintu) keluar korang kena keluar ikut laluan sebelah kanan gambar... 

bongkah batu macam ni bersepah2 di sekitar TP. so, korang kena berhati2 kalau tak tersadung nanti...

ni ke pokok Angelina Jolie? oh tak... kena jalan lagi...

pintu ni ke yang termasuk dalam scene Tomb Rider tu? entah laa... anies main snap je ni... 

ni ke pokok Angelina Jolie? no no no... kena jalan lagi... adushhh

tak sempat nak kaji sama ada TP ni antara monumen paling berusia atau sebaliknya... keadaannya agak 'uzur' dan memang kena berhati2 untuk mengelakkan sebarang perkara yang tak diingini bila dah sampai sini...

dalam area TP... juga terdapat bongkah batu berselerakan... jadi sila ikut laluan yang telah disediakan...

ni ke aniespokok Angelina Jolie? bukannnnn

close up... antara ukiran yang terdapat pada dinding TP...

dah tu, mana pokok Angelina Jolie nyer? tak ada pun? jappp...

ni ke pintu dalam scene Tomb Rider tu? entah... sebabnya banyak je pintu macam ni hahaha

hah... tuuu diaaaa... tengok! punyalah panjang Q nak tengok pokok Angelina Jolie... dah macam selebriti laa pulak! padahal.....

haaa... ni laa dia pokok pemes a.k.a pokok Angelina Jolie... anies sorang je kot yang panggil pokok ni sebagai pokok Angelina Jolie... sorry, tak boleh rapat, tak boleh pegang... tengok tu... berpagar yu ols... tengok dari jauh je laa pokok selebriti ni...

moh laa kita posing dengan Angelina Jolie pokok pemes ni... kalau ada nombor giliran, mungkin turn anies yang ke 123456789 selepas Angelina Jolie bergambar kat sini hahahahah

udah2 ler tu dengan pokok Angelina Jolie nyer... nah, silalah tengok pokok yang lain hahaha

kami beransur meninggalkan TP...

jalan punya jalan sampai sesat nak cari pintu keluar, akhirnya sampai juga. ada pelancong yang gunakan laluan ni sebagai pintu masuk. tapi since Salim dah kabo suh keluar ikut pintu ni, kami go on je... karang sesat, tak de hero nak tolong...


dari TP, kami melewati Banteay Kdei (BK) dan Sras Srang (SS). oleh kerana dah terlalu penat, kami minta Salim berhenti untuk sekadar bergambar je. BS kami tak masuk sebab kata Salim kena jalan ke dalam lagi. kami dah angkat bendera putih. jadinya kami terus ke SS yang terletak berhadapan BK. bersebelahan SS ni ada tasik. agak besar juga. tak ada apa2 yang menarik kat SS ni cuma runtuhan bangunan dan tapaknya sahaja. sebijik macam Candi Lembah Bujang.

bersebelahan SS ni, ada deretan gerai2 menjual pelbagai barang seperti souvenir dan makanan. macam biasa, diorang jual menggunakan USD okeh!


signboard BK. kalau nak tengok BK tu macam mana, korang google laa yek!


Sras Srang. macam Candi Lembah Bujang kan?

SS ni bersebelahan tasik...

lepak petang2 kat sini memang syok. kena pulak angin tasik...



dari SS, kami terus keluar dan sekaligus mengucapkan selamat tinggal kepada Angkor Archeological Park. satu pengalaman menarik dapat jejakkan kaki di sini. kalau dulu, cuma tengok dalam buku teks je. laa ni dah ada depan mata.


ni sekadar sisipan je... kalau nak jelas tentang'persinggahan' kami, tengok pada laluan warna merah tu. sebenarnya banyak tempat yang kami tak singgah. mau makan 3 hari kot kalau nak tawaf semua tempat. total kami berada kat sini 8 jam. tapi korang lagi taf kan... setakat 8 jam tu celah gigi je kan... credit image

scene dalam Tomb Rider - Angelina Jolie, Ta Prom dan pokok selebriti...


so, lepas ni nak repeat lagi ke? insya allah, ada rezeki pasti akan kembali dengan pertanyaan, SIAPA NAK IKUTTTT?????

thanks 4 reading

daaaaa

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Trending Articles